Hutan Bakau di Tanah Kerajaan di Batu Maung Dijadikan Tempat Pembuangan Sisa
Pokok bakau terbakar di lambakan sisa buangan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terperanjat apabila mendapati hutan paya bakau di tanah kerajaan di tengah-tengah Pekan Baru Batu Maung dan bersebelahan Taman Perindustrian Bayan Lepas diancam dengan lambakan sisa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ekoran daripada pembuangan sisa ini, sungai payau yang mengalir melalui hutan bakau di sini adalah tercemar dengan larut resapan dari sisa. Selanjutnya ia akan menjejaskan ekosistem hutan bakau yang terletak di belakang Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia.
TAHUN BAHARU CINA YANG SIHAT DAN MENGGEMBIRAKAN
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu mula dirasai dengan keluarga kaum Cina sibuk merancang hidangan terpenting untuk tahun ini – Makan Malam Keluarga – di mana semua saudara mara pulang ke kampung halaman masing-masing untuk makan malam bersama. Musim bunga bakal tiba dan perayaan untuk menyambut kedatangannnya dalam 15 hari berikutnya menjadi lambang kejayaan menempuh musim sejuk yang baharu berakhir.
Makan Malam Keluarga akan disediakan oleh ahli keluarga sesebuah rumah dengan segalanya dilakukan secara gotong-royong. Amalan ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama mereka. Kita sepatutnya mengekalkan tradisi ini daripada menempah restoran untuk makan bersama, sehingga seolah-olah melupakan nilai-nilai murni yang diperturunkan oleh nenek moyang kepada kita.
Kehidupan Lebih 2,000 Nelayan Pantai Pulau Pinang Terjejas: SAM
Nelayan Pantai Pulau Pinang Diancam Bot Pukat Tunda dan Bot Pukat Kenka.
Masalah Pencerobohan Bot Pukat Tunda Dan Aktiviti Bot Pukat Kenka
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mempergiatkan operasi membanteras pencerobohan bot pukat tunda dan aktiviti bot kenka di kawasan tangkapan nelayan pantai di Pulau Pinang.
Gesaan ini dibuat berikutan aduan oleh nelayan-nelayan pantai negeri tersebut kepada SAM bahawa masalah itu semakin serius berlaku menyebabkan sumber pendapatan mereka teruk terjejas. Bot pukat tunda yang terlibat ialah dari Teluk Bahang dan Batu Maung, manakala bot kenka pula dari Kuala Muda, Bakau Tua dan Penaga daerah Seberang Perai Utara (SPU)
Jilid 42-6 November-Disember 2018
Pendedahan, Pandangan dan Kebijaksanaan Luar Biasa
Akhbar dwibulanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Kami mempunyai berita yang anda tidak akan temuinya di dalam akhbar lain – bahan yang tidak menjadi halangan bagi kami untuk menyiarkan jenama, syarikat atau orangnya di dalam pendedahan kami, tidak seperti akhbar komersial lain bergantung kepada syarikat untuk iklan mereka atau dimiliki oleh parti politik.
Anda juga boleh mengharapkan pandangan dan perspektif kami yang berbeza kerana kami memihak kepada pengguna.
Sokonglah kami dengan melanggan Utusan Pengguna. Berlangganlah untuk orang yang tersayang.
Klik di sini untuk memuat turun borang langganan!
SAM Sokong Langkah Kerajaan Persekutuan Saman Kerajaan Kelantan
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan saman sivil yang pertama kali dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Kelantan. SAM memuji kesungguhan dan keikhlasan kerajaan dalam mengiktiraf, menghormati dan menegakkan hak Orang Asli di negara ini seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Sejak sekian lama komuniti penduduk asal, komuniti di negara ini yang paling terpinggir telah berjuang untuk menyuarakan hak mereka agar didengari dan diiktiraf melalui pelbagai cara. Dengan saman ini, kami berharap Kerajaan akan mula melihat terhadap pembaharuan semua undang-undang dan dasar sewaktu rejim lama yang kurang menghormati dan mengiktiraf hak adat penduduk asal.