Berbahaya terutama kepada WANITA HAMIL
Pendedahan kepada plumbum boleh memudaratkan bayi dalam kandungan kerana plumbum dalam darah ibu melepasi uri lalu masuk ke dalam tubuh bayi. Komplikasi akibat pendedahan plumbum pada paras tinggi termasuklah kelahiran pramatang, berat badan yang rendah ketika lahir, keguguran ataupun bayi meninggal selepas lahir.
PLUMBUM DALAM CAT LEBIH TERUK MENJEJASKAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak terdedah kepada plumbum apabila bahagian permukaan yang bercat mengelupas selepas beberapa lama dan memecah kepada debu cat lalu menjejaskan alam sekitar. Kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun yang sering memasukkan tangan ke dalam mulut paling berisiko mengalami masalah kecerdasan dan perkembangan mental akibat terdedah kepada debu plumbum dan plumbum di dalam tanah.
Pengawas Pengguna Gesa Dibentuk Peraturan Plumbum
HASIL UJIAN bersama CAP dan International Pollutants Elimination Network berhubung PLUMBUM DALAM CAT SEMBURAN dilaporankan dalam The Vibes (28 Oktober 2020) Bacalah perinciannya dalam laporan di bawah.
https://www.thevibes.com/articles/news/4202/consumer-watchdog-calls-for-lead-regulation?
UN Environment Programme
World Health Organization (WHO)
IPEN: for a toxics-free future
Daripada Panduan CAP: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/131
Bagaimana Kita Terdedah Kepada Pulmbum
Plumbum ada di mana-mana dan menjejaskan kita.
Pekerja binaan terdedah kepada plumbum ketika membuang, mengubah suai atau merobohkan struktur yang dicat dengan pigmen plumbum.
Pekerja juga bersentuhan dengan plumbum dalam pateri, lekapan paip, bateri cas semula, peluru plumbum, kaca, bahan tembaga atau gangsa dan radiator berplumbum. Pendedahan kepada plumbum boleh berlaku ketika kerja membaiki (contohnya membaiki radiator) dan kitar semula (contohnya kitar semula bateri asid plumbum).
“Kilang haram undang keresahan penduduk” CAP GESA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL KE ATAS KILANG TERBABIT
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat serta mengambil tindakan segera ke atas sebuah kilang kitar semula yang didakwa beroperasi secara haram dan mencemarkan alam sekitar di Kendong dekat Rembau di sini.
CAP merasa bimbang terhadap kesihatan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran kilang tersebut. Malahan dilaporkan terdapat kejadian kanak-kanak di sini mengalami muntah-muntah dalam tempoh lebih setahun kilang berkenaan beroperasi di tempat itu.