Pengguna Dipukau
Pemasar menggunakan semua jenis muslihat, gimik, menyihir secara psikologi dan memeras ugut emosi untuk mengeksploit anda supaya membeli. Pernahkah anda mengalami apa yang dijelaskan oleh jurujual kereta yang telah bersara di bawah ini? Kemudian menyesali dengan pembelian itu? Ramai daripada kita mengalaminya akibat MEMBELI TANPA BERFIKIR.
Pengiklan mencipta kemahuan dan kebanyakan masa – benda yang sering tidak diperlukan – diiklankan paling banyak. Antaranya minuman ringan dan rokok yang tidak sihat. Kini trend rawatan untuk menjadi langsing dan cantik.
Yang Manakah Anda Lebih Hargai – WANG atau KEHIDUPAN?
Dalam budaya penggunaan hari ini, kebanyakan orang tidak kisah untuk memiliki lebih banyak wang untuk berbelanja. Sementara wang penting dalam kehidupan untuk memenuhi keperluan asas, sering mahukan lebih atau memiliki lebih banyak dan berbelanja dengan lebih mungkin tidak semestinya satu perkara yang baik. Terlalu banyak wang menghancurkan kehidupan seseorang.
Kawal Selia Pembedahan Kosmetik – CAP
Sudah berkali-kali kita mendengar kes-kes pembedahan kecantikan yang gagal di negara ini dan pada kali ini seorang wanita maut ketika menjalani prosedur sedut lemak (liposuction) di sebuah pusat kecantikan. Oleh kerana prosedur itu bukan dijalankan di premis perubatan, ia tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
Apabila tragedi seumpamanya berlaku, maka pelbagai pihak mula memperkatakannya dalam media. Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Subramaniam Muniandy, kejadian seumpamanya pernah berlaku sebelum ini, dan isu penguatkuasaan yang ketat telah beberapa kali diketengahkan kepada kerajaan.