Masalah Air Selangor Perlu Dihentikan Segera
Kerajaan perlu serius menangani masalah meliputi paip pecah, penyelenggaraan, kerja-kerja membaiki, pencemaran air yang berterusan di Selangor yang mengakibatkan gangguan air.
Gangguan Air Selangor – Perlu Mencari Punca Krisis
Kekecewaan dan kemarahan penduduk Selangor amat difahami memandangkan satu lagi kejadian terputusnya bekalan air yang menjejaskan kehidupan berjuta orang.
Penutupan bekalan air kelmarin disumbang oleh pembuangan haram sisa buangan ke dalam lurang Indah Water Konsortium (IWK) yang mencemarkan Sungai Selangor.
Elakkan Pencarum KWSP Menyentuh Akaun Mereka!
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya meneliti semula cadangan mereka untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun KWSP. Kami sekali lagi mengulangi pendirian kami bahawa pemegang akaun tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka akan mengeluarkan dan membelanjakan simpanan mereka yang dimaksudkan untuk persaraan.
Dalam ucapan Belanjawan Negara 2021, diumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan pengeluaran bulanan RM500 daripada Akaun 1 KWSP, berjumlah RM6,000 dalam tempoh 12 bulan. Objektifnya adalah untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik.
NGO di Asia Tenggara selar rancangan tersembunyi eksport sisa Australia
Rang undang-undang Kitar Semula dan Pengurangan Sisa kerajaan Australia dibentangkan di Parlimen Australia pada minggu ini.
Rang undang-undang itu dibentuk dalam usaha mengukuhkan undang-undang pengawasan produk dan mencegah eksport sisa Australia sebagai maklum balas kepada kutukan antarabangsa terhadap pembuangan sisa oleh negara-negara OECD seperti Australia di rantau Asia Pasifik, dan untuk menyokong sektor kitar semula Australia yang amat diperlukan.