Hapuskan subsidi gula
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menghentikan dengan segera subsidi harga gula.
Gula perlu dijual pada harga pasaran kerana ia bukan keperluan asas dan pengambilannya hanya membahayakan kesihatan seseorang. Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 penyakit daripada kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoporosis dan masalah jantung hinggalah kepada asma dan alergi.