Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekuatan Emosi (Code: 978-983-3083-65-7)

Kekuatan Emosi

ISBN 978-833-3083-95-4                            
Saiz Buku: 140  x 215 mm
Halaman: 151
Harga
Semenanjung: RM19.00
Sabah & Sarawak: RM20.50
Semua harga termasuk pos dan pengendalian
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: consumerofpenang@gmail.com

Kesejahteraan emosi menjadi tunjang penentu kesihatan yang baik di mana masalah mental dan fizikal dikaitkan dengan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan tekanan kehidupan moden.

Masalah mental dan penyakit yang dikaitkan dengan stres kian bertambah dalam kelompok masyarakat bandar. Di Malaysia kira-kira 21% penduduk mengalami masalah mental, dan di Singapura terdapat sekitar 60%.

Secara purata, tujuh orang rakyat Malaysia mati kerana membunuh diri setiap hari. Penyakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit lain yang dikaitkan dengan emosi yang lemah menjadi pembunuh utama emosi masa kini.

Emosi yang negatif dikaitkan dengan kesihatan fizikal yang lemah. Kemarahan berisiko menaikkan paras kolesterol dan serangan jantung sehingga 300%. Sebaliknya mereka yang optimistik hidup 19% lebih lama daripada mereka yang pesimis.

Membunuh diri, murung dan selalu berasa bimbang di kalangan pelajar sekolah telah menjadi wabak di seluruh dunia. Satu kajian di Amerika mendapati 45% bakal graduan menunjukkan tanda-tanda kemurungan yang serius.

Buku ini mengajar anda cara untuk mengawal perasaan, menyedarkan anda tentang perasaan sendiri, menghargai apa yang anda boleh lakukan, dan menjalin hubungan yang lebih mesra dengan orang lain.


Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku


Price: RM 19.00
Quantity: 
Copyright MAXXmarketing Webdesigner GmbH

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt