Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kerajaan Perlu Kawal Bekalan dan Mensubsidikan Harga Topeng Muka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang situasi semasa wabak Covid-19 dengan rasa bimbang memandangkan sehingga 10 Mac 2020, virus itu telah menjangkiti 116,345 mangsa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, Covid-19 memberikan kesan negatif terhadap ketersediaan dan kos banyak produk farmaseutikal dan perubatan (termasuklah topeng muka) memandangkan China merupakan pengeluar dan pengeksport utama.

Kami menggesa kerajaan supaya meneliti semula harga topeng muka memandangkan harga produk yang diimport telah meningkat dengan ketara sejak bermulanya wabak ini. Kenaikan harga ini merupakan masalah global akibat kekurangan topeng muka dan pengeluar tempatan kita tidak mampu untuk memenuhi permintaan.

Seawal Februari, China hanya mampu untuk menghasilkan 20 juta topeng muka sehari atau separuh daripada topeng muka dunia. Ia masih tidak mencukupi untuk menangani keperluan 1.4 bilion penduduknya dan dengan itu melarang pengeluar daripada mengeksport produk mereka sebagai mengutamakan keperluan tempatan. Ini mencetuskan kekurangan topeng muka di banyak negara termasuk Malaysia, memandangkan coronavirus dengan cepat merebak ke 115 negara dan wilayah di seluruh dunia dan satu kapal persiaran (Diamond Princess).

Malaysia mempunyai sedikit sahaja pengeluar topeng muka tempatan dan keupayaan pengeluaran mereka amat terhad. Dalam tempoh ini, kilang yang menghasilkan lima juta sebulan perlu meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi keperluan negara. Pengeluaran semasa jelas tidak mencukupi memandangkan ia hanya secara purata 170,000 topeng muka sehari atau kira-kira 0.5 peratus daripada 32 juta penduduk negara ini.

Dengan kekurangan topeng muka ini, pihak kerajaan telah menetapkan harga siling lima jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sejak 2020.

Mana-mana peniaga yang didapati bersalah menjual melebihi harga siling akan berdepan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pihak syarkat pula akan dikenakan denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000 jika didapati bersalah melebihi harga siling.

Malangnya, sistem pengedaran topeng muka memberikan tumpuan kepada hospital sebagai peringkat pertama; klinik pada peringkat kedua; pembekal perubatan utama sebagai peringkat ketiga; meninggalkan apa-apa sahaja stok yang masih ada untuk direbut oleh farmasi bebas.

Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan supaya mengambil alih import dan pengedaran topeng muka dan memastikan ia tersedia untuk orang ramai pada harga subsidi yang mampu untuk semua tanpa unsur mengaut keuntungan. Campurtangan kerajaan dalam mengawal stok yang datangnya daripada pengeluar amat penting kerana dalam keadaan waktu yang amat kritikal seperti ini, ketersediaan topeng muka menentukan jangkauan kepada orang ramai yang memerlukannya dalam mencegah jangkitan.

 

Kenyataan Akhbar, 11 Mac 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt