Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Berhati-hati Dengan Peranti Kawalan Makhluk Perosak Ultrasonik

Peranti kawalan makhluk perosak ultrasonik dipromosikan dengan meluas dalam pasaran sebagai penyelesaian kepada penghapusan semua jenis makhluk perosak daripada hama hinggalah kepada tikus. Ia boleh dibeli dengan mudah secara dalam talian atau di kedai perkakasan dan sesetengah pasar raya. Peranti ini dipromosikan dengan keterangan yang meyakinkan bahawa ia menggunakan gelombang bunyi ultrasonik yang tidak didengar oleh manusia bagi menghalau makhluk perosak.

Sebelum terperangkap dengan perangkap iklan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin memberi amaran bahawa ia sering tidak berkesan sepertimana yang diharapkan.

Pada 2001, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat menghantar surat kepada lebih daripada 60 pengeluar dan peruncit peranti itu dengan menyatakan dakwaan keberkesanan mengenai produk itu perlu disokong oleh bukti saintifik.

Terdapat banyak peranti ini di pasaran dengan dakwaan bahawa ia akan menghapuskan  tikus, serangga dan hama daripada haiwan peliharaan.

Menurut FTC, tindak balas tikus kepada ultrabunyi ‘hanya sementara sahaja’ kerana tikus itu mungkin menjadi biasa kepada ultrabunyi dan kembali kepada sarang atau kawasan pemakanannya.

Kajian oleh Universiti Arizona menyatakan bahawa “sering terdapat kekurangan hasil pengukuran untuk menyokong dakwaan ini”. Kajian menunjukkan peranti itu juga mungkin menjejaskan haiwan bukan sasaran seperti anjing yang boleh mendengar bunyi ultrasonik.

Kajian yang meluas juga menunjukkan bahawa peranti itu mempunyai kesan terpilih dalam menangkis jenis serangga tertentu (cengkerik) sementara mempunyai kesan yang sedikit atau tiada langsung terhadap yang lain (contohnya lipas). Terdapat juga kebimbangan lain seperti melemahkan kejelasan perbualan telefon dan mengganggu sistem penggera.

Kami menggesa agar pengguna berhati-hati untuk mengelakkan daripada terperangkap dengan perangkap iklan yang menjanjikan penghapusan semua jenis makhluk perosak daripada rumah mereka. Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia juga perlu meneliti perkara ini memandangkan peranti ini sudah pun berada di pasaran sejak berdekad dan terdapat banyak laporan dan kajian yang menyatakan keberkesanan peranti ini sebagai pembasmi makhluk perosak tidak berasas.

 

Kenyataan Akhbar, 31 Oktober 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt