Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kehidupan Moden

“Jika saya diminta untuk meringkaskan seluruh abad ini dalam satu gambaran akal, saya akan memilih pemandangan biasa setiap hari: seorang lelaki di dalam kereta, memandu sepanjang lebuh raya ke destinasi yang tidak diketahui.

Hampir setiap aspek kehidupan moden ada baik dan buruk – kepantasan, drama dan agresif, dunia pengiklanan dan barangan pengguna, kejuruteraan dan pengeluaran besar-besaran, dan pengalaman yang dikongsi ketika bergerak bersama melalui landskap yang jelas.” J. G. Ballard (pada 1971), penulis novel

Memakan Daging Membawa Kesengsaraan dan Memusnahkan Kesihatan dan Bumi

Hari ini, 25 November adalah Hari Tanpa Daging yang disambut di seluruh dunia dan pada kesempatan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia agar mengurangkan atau jika perlu elakkan daripada memakan daging untuk manfaat kesihatan dan alam sekitar kita.

Meningkatnya kemakmuran membolehkan penduduk di seluruh dunia memakan lebih banyak daging dan Malaysia juga tidak terkecuali. Pengambilan daging per kapita kita telah meningkat daripada 13.2 kg pada 1961 kepada hampir 55 kg pada 2017. Dengan peningkatan pendapatan, diramalkan pengguna Malaysia akan memakan lebih banyak daging pada masa depan.

Atasi segera masalah di Pantai Merdeka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani di sini.

Penglibatan VVIP Dalam Perdagangan dan Pemburuan Haram Hidupan Liar

Pendedahan terbaharu oleh Ketua Polis Negara (KPN) bahawa ada VVIP terlibat dalam pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar amat membimbangkan. Menghentikan pemburuan haram ini memerlukan tindakan menentang mereka yang kaya dan berpengaruh yang sering berkaitan dengan kumpulan jenayah terancang.

Kesengsaraan kepada haiwan yang dibawa oleh tanda-tanda haiwan zodiak

Dengan setiap Tahun Baharu Cina mengalu-alukan haiwan khusus dalam zodiak, yang setiap daripadanya membawa kekuatan dan nasib baik mereka sendiri, kedai haiwan peliharaan dan ladang ternakan haiwan peliharaan semuanya berusaha untuk mengimport haiwan yang dikaitkan dengan tanda-tanda haiwan zodiak pada tahun itu.

Majlis Bandaraya Perlu Tangani Masalah Parkir Kereta Yang Tidak Berkesudahan

Penduduk Pulau Pinang kini berhadapan dengan masalah dalam mencari ruang letak kereta awam di kawasan komersial memandangkan banyak daripadanya diambil oleh pekerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang, biasanya lebih daripada lapan jam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya memperkenalkan Peraturan untuk mengehadkan waktu seseorang itu boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam, contohnya tidak lebih daripada dua jam. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda. Ia hanya akan berlaku adil kepada mereka yang berurusan bagi kurang daripada dua jam.

alt

alt

alt

alt

alt