Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Batalkan projek kereta kabel, tingkatkan perumahan untuk golongan miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tidak membina kereta kabel yang menghubungkan Kebun Bunga ke puncak Bukit Bendera kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kesihatan. Kebajikan penduduk dan integriti alam sekitar kita tidak seharusnya dikorbankan semata-mata untuk menarik pelancong datang ke sini.

Peruntukan bagi kereta kabel akan membawa kepada pembinaan hotel, restoran, taman tema, rumah dan jalan untuk menampung pertambahan jumlah pelancong dan penduduk. Pembangunan sebegini akan memberi kesan buruk kepada presekitaran bukit yang lemah serta mengancam keseimbangan ekologi.

Beruntungnya jika melanggar undang-undang di Malaysia

Pemberian diskaun bagi saman yang tertunggak boleh memberikan tanggapan yang salah mengenai perbuatan melanggar undang-undang... kerana ia boleh dikatakan menguntungkan, sekurang-kurangnya di Malaysia. Misalnya, media melaporkan sebuah syarikat milik persendirian telah membayar saman yang tertunggak berjumlah RM500,000 selepas diberi diskaun 70 peratus berikutan kemurahan hati kerajaan.

Tragedi Tanah Runtuh Tambun: Perlu Elakkan Projek Di Kawasan Alam Sekitar Yang Sensitif

Tanah runtuh yang berlaku di The Banjaran Hotsprings Retreat di Tambun, Perak  milik Sunway Group yang telah menyebabkan kematian dua tetamu pada Isnin, 9 November 2020, sekali lagi mendedahkan betapa perlunya dielakkan projek di kawasan alam sekitar yang sensitif.

Langkah baik oleh Kerajaan Negeri Perak ialah mengarahkan agar jabatan dan agensi yang berkaitan supaya memantau setiap bukit batu kapur yang berisiko di seluruh negeri itu, terutama sekali yang terletak berdekatan kawasan kediaman, berikutan tragedi itu.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengharapkan laporan pemantauan ini akan didedahkan untuk kepentingan awam.

Jawapan kepada surat terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang kepada CAP berhubung projek mega RM6.3 Bilion

Yang Amat Berhormat,

Saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan peribadi, melalui surat terbuka, menghadiri mesyuarat bagi membincangkan keprihatinan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berhubung projek mega RM6.3 bilion untuk membina terowong bawah laut sepanjang 7 km dan 3 lebuh raya. Saya kesal kerana tidak dapat menerima jemputan peribadi melalui surat terbuka itu kerana dalam budaya kita, kita tidak menjemput seseorang itu ke mesyuarat melalui surat terbuka. Pertemuan itu juga akan menjadi sia-sia dan tidak mencapai tujuannya kerana menurut laporan akhbar, kerajaan negeri sudah pun menyerahkan projek itu kepada syarikat swasta walaupun terdapat bantahan dari banyak NGO.

CAP bimbang tanah sawah jerlus jejas kehidupan petani Kerian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian dan mengambil tindakan bagi mengatasi punca berlakunya tanah sawah jerlus di daerah Kerian Perak ketika ini.

CAP bimbang jika masalah itu tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pendapatan serta kehidupan para petani di kawasan berkenaan dan menggugat sektor pertanian negara pada masa akan datang.

alt

alt

alt

alt

alt