Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kepudaran Pulau Pinang Semakin Menular

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa dengan Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri kerana meluluskan tukarguna tanah bukit yang diwartakan untuk zon perumahan. Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa projek besar. Kami berpendapat bahawa Kerajaan Negeri tidak menghormati kemurnian bukit bukau dan sumber alam Pulau Pinang dengan mendesak pembangunan projek mega di sini.

Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai "Botak Hill" kerana kebotakan puncak bukit tersebut bukanlah satu-satunya bukit yang diwartakan yang kini ditukar untuk pembangunan perumahan. Antara lain, terdapat kes-kes penukargunaan tanah bukit di Sungai Ara, Paya Terubong, Sungai Batu berhampiran Bayan Lepas dan banjaran bukit di Bukit Gambier yang turut terjejas. Baru-baru ini seorang ADUN mengkritik kerajaan negeri kerana meluluskan projek perumahan 51-tingkat pada cerun bukit berhampiran Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Tanjung Bungah.


CAP kesal masalah sampah di Pulau Pinang

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sampah sarap yang berlaku di pulau ini.

CAP kesal walau pun isu ini sudah lama menjadi rungutan ramai di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar namun keadaan itu masih tidak berubah hingga sekarang. Tahun lalu, Kerajaan Pulau Pinang telah membelanjakan 15.8 juta ringgit bagi membersihkan sungai di negeri ini tetapi tidak memberikan kesan.


Alam semulajadi Janda Baik perlu dipelihara

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan segera bagi memelihara alam semulajadi di Janda Baik dekat Bentong di sini agar tidak terus terancam oleh sebarang bentuk aktiviti di kawasan berkenaan.

Selain masalah kemusnahan hutan, perhatian serius juga perlu diberikan ke atas kualiti air sungai yang dibimbangi akan tercemar jika penggunaan racun pertanian dan pembuangan sisa kolam ternakan ikan turut berlaku di tempat itu.

 

Pantai Kuala Perlis dicemari sampah

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sampah di kawasan pantai Kuala Perlis di sini.

CAP kesal walau pun masalah ini telah lama berlaku dan menjadi rungutan orang ramai yang berkunjung ke sini namun keadaannya tidak berubah malah menjadi bertambah buruk.


SAM kesal hutan sekitar Empangan Sungai Lebam musnah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Johor mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan Empangan Sungai Lebam, Pengerang dekat Kota Tinggi di sini yang mengalami masalah kekurangan air akibat penerokaan kawasan hutan di sekitar empangan itu

Kerja-Kerja Tanah bersebelahan Gambier Heights, Pulau Pinang: Adakah ini lagi satu Aktiviti Tanpa Izin?

alt

Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah meninjau aktiviti kerja tanah bersebelahan Apartment Gambier Heights, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang setelah menerima aduan dari individu yang prihatin. Berdasarkan pemerhatian, kerja-kerja tanah sedang giat berjalan tanpa sebarang papan tanda maklumat berkenaan dengan kerja di kawasan terbabit.


alt

alt

alt

alt

alt