Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Batalkan cadangan projek jalan mega di Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan keputusan kerajaan Pulau Pinang untuk membatalkan projek jalan mega Pulau Pinang sekiranya Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk projek ini mendapati ia tidak sesuai dilaksana. Bagaimanapun kami berpandangan kerajaan seharusnya membatalkan terus cadangan projek jalan berkenaan dan tidak membazirkan dana untuk melakukan EIA kerana projek ini berpotensi membawa impak yang ketara kepada Pulau Pinang.

Hapuskan Makhluk Perosak Dengan Kaedah Biologi

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan mempergiatkan kaedah biologi kepada pesawah di negara ini bagi mengawal ancaman makhluk perosak ke atas tanaman padi mereka.

Kaedah biologi bukan saja boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang malah para pesawah juga tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli racun dan dapat menghindarkan diri mereka dari mengalami masalah kesihatan.

Perkenal Semula Cukai Pewarisan dan Sesuaikan Cukai Tertentu yang Sedia Ada Untuk Membantu Merapatkan Jurang Antara yang Kaya dan Miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan pengumuman awal oleh Menteri Kewangan malah sebelum dialog belanjawan yang dijadualkan pada 27 Jun 2019, bahawa cukai pewarisan tidak akan dilaksanakan.

Ini hanya akan menyumbang kepada ketaksamaan yang lebih buruk antara mereka yang kaya dan miskin. Banyak kerajaan diketahui menangani masalah ini dan mengambil langkah untuk mengenakan cukai pewarisan untuk menanganinya.

Bukan Sekadar Membunuh Tikus

Seorang pembaca Facebook telah menyuarakan kebimbangannya kepada Sahabat Alam Malaysia (SAM)  berhubung penggunaan racun tikus secara berleluasa dalam parit di sekitar kawasan Little India di Georgetown, Pulau Pinang. Perkara ini sememangnya membimbangkan kerana sistem perparitan terbuka yang sedia ada menganjur terus ke laut dan selepas hujan lebat, racun itu akan dihanyutkan dan dilarutkan di laut.

Kekalkan MAVCOM untuk melindungi hak pengguna

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menggabungkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Terhenti Lagi, Penumpang Jadi Mangsa

Pengendali feri Pulau Pinang perlu dipertanggungjawabkan terhadap gangguan berulang kali perkhidmatan feri, terbaharu ialah pada 14 Oktober 2020. Feri yang penuh dengan muatan penumpang yang tiba dari Butterworth ke Pulau Pinang tidak dapat berlabuh seperti yang diberitahu bahawa feri yang sepatutnya berlepas tidak dapat berbuat demikian apabila tanjakan di terminal tidak berfungsi.

alt

alt

alt

alt

alt