Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perkenal Semula Cukai Pewarisan dan Sesuaikan Cukai Tertentu yang Sedia Ada Untuk Membantu Merapatkan Jurang Antara yang Kaya dan Miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan pengumuman awal oleh Menteri Kewangan malah sebelum dialog belanjawan yang dijadualkan pada 27 Jun 2019, bahawa cukai pewarisan tidak akan dilaksanakan.

Ini hanya akan menyumbang kepada ketaksamaan yang lebih buruk antara mereka yang kaya dan miskin. Banyak kerajaan diketahui menangani masalah ini dan mengambil langkah untuk mengenakan cukai pewarisan untuk menanganinya.

Pilih Model yang Sesuai untuk KTMB dan Tingkatkan Perkhidmatan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mempertingkatkan perkhidmatannya bagi membolehkan rakyat menggunakan pengangkutan awam yang selamat, boleh dipercayai dan mampu dinaiki, bagi perjalanan antara bandar dan berulang alik setiap hari. Ini akan membantu lebih ramai penumpang bertukar  dari kaedah pengangkutan sedia ada yang terlalu banyak bergantung kepada kenderaan persendirian di samping mengurangkan penggunaan jalan raya yang membawa maut.

Hentikan Penganiayaan Ikan Hiasan

Gambar-gambar menggerunkan ikan laga (betta fish) yang dibiakkan dalam keadaan pembiakan yang tidak dapat diterima di ladang ternakan secara besar-besaran di Thailand mendedahkan sisi gelap industri ikan hiasan atau ikan peliharaan. Mendapat permintaan tinggi disebabkan oleh warnanya yang terang dan siripnya yang cantik, ikan, tidak seperti anjing dan haiwan berbulu lain tidak mengalami tingkah laku membinasakan atau kebimbangan kerana terpisah apabila dibiarkan sendirian; ia senyap, tidak berbunyi.

Elakkan Pencarum KWSP Menyentuh Akaun Mereka!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya meneliti semula cadangan mereka untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun KWSP. Kami sekali lagi mengulangi pendirian kami bahawa pemegang akaun tidak seharusnya dibenarkan  mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka akan mengeluarkan dan membelanjakan simpanan mereka yang dimaksudkan untuk persaraan.

Dalam ucapan Belanjawan Negara 2021, diumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan pengeluaran bulanan RM500 daripada Akaun 1 KWSP, berjumlah RM6,000 dalam tempoh 12 bulan. Objektifnya adalah untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik.

Tragedi Tanah Runtuh Tambun: Perlu Elakkan Projek Di Kawasan Alam Sekitar Yang Sensitif

Tanah runtuh yang berlaku di The Banjaran Hotsprings Retreat di Tambun, Perak  milik Sunway Group yang telah menyebabkan kematian dua tetamu pada Isnin, 9 November 2020, sekali lagi mendedahkan betapa perlunya dielakkan projek di kawasan alam sekitar yang sensitif.

Langkah baik oleh Kerajaan Negeri Perak ialah mengarahkan agar jabatan dan agensi yang berkaitan supaya memantau setiap bukit batu kapur yang berisiko di seluruh negeri itu, terutama sekali yang terletak berdekatan kawasan kediaman, berikutan tragedi itu.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengharapkan laporan pemantauan ini akan didedahkan untuk kepentingan awam.

Batalkan cadangan projek jalan mega di Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan keputusan kerajaan Pulau Pinang untuk membatalkan projek jalan mega Pulau Pinang sekiranya Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk projek ini mendapati ia tidak sesuai dilaksana. Bagaimanapun kami berpandangan kerajaan seharusnya membatalkan terus cadangan projek jalan berkenaan dan tidak membazirkan dana untuk melakukan EIA kerana projek ini berpotensi membawa impak yang ketara kepada Pulau Pinang.

alt

alt

alt

alt

alt