Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tarik Balik Tawaran Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan Konsesi Lebuh Raya Lain

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kabinet supaya tidak meluluskan RM6.2 bilion yang dibuat oleh Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan konsesi lebuh raya lain untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol, dan melantik jawatankuasa pakar untuk mencari penyelesaian yang akan membawa manfaat sebenar kepada pengguna dan tidak membebankan kerajaan dengan lebih banyak hutang.

Dalam satu analisis yang tajam mengenai tawaran itu, bekas pengarah strategi korporat dan pelaburan, Pankaj C. Kumar merumuskan: “Bagi pemegang konsesi, ia keuntungan durian runtuh RM2.82 bilion dan mengambil semua pendahuluan keuntungan masa depan mereka, tanpa perlu mengendalikan aset dalam baki tempoh konsesi dan bahagian terbaik, bebas cukai memandangkan tiada cukai keuntungan modal di Malaysia.” Kabinet perlu mengkaji dengan serius dan mempertimbangkan analisis dan hasilnya sebelum membuat keputusan terhadap tawaran oleh Kementerian Kewangan itu.

Jangan Kecualikan Pemaju dari Mendeposit GCC - CAP

Kami menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar tidak memberikan pengecualian kepada pemaju yang dianggap oleh pegawai Kementerian sebagai mempunyai “rekod yang baik” dan “kemampuan kewangan yang mencukupi.” Tindakan yang berat sebelah itu  akan membuka ruang kepada rasuah, sikap pilih kasih, dan pengaruh.

Bertanggungjawab atas kematian gajah di Sabah

2019 merupakan tahun yang mencabar bagi Sabah kerana berdepan dengan isu hidupan liar dan beberapa kematian gajah pygmy Borneo. Pada tahun lalu, 24 kematian direkodkan dengan lima daripadanya berlaku dalam tempoh empat bulan. Kematian itu pula jarang berpunca daripada kematian biasa. Perburuan haram, pencerobohan dan keracunan menjadi penyebab biasa kematian gajah. Sungguhpun kemalangan mungkin berlaku namun kebanyakan kematian kelihatan seperti disengajakan, pembunuhan yang bersifat membalas, iaitu selepas gajah tersebut memasuki kawasan ladang, di mana ia memakan tanaman dan tanah diinjak-injak. Biar apa pun motifnya, pembunuhan yang dilakukan memang tidak wajar. 

Gangguan Air Selangor – Perlu Mencari Punca Krisis

Kekecewaan dan kemarahan penduduk Selangor amat difahami memandangkan satu lagi kejadian terputusnya bekalan air yang menjejaskan kehidupan berjuta orang.

Penutupan bekalan air kelmarin disumbang oleh pembuangan haram sisa buangan ke dalam lurang Indah Water Konsortium (IWK) yang mencemarkan Sungai Selangor.

TINDAK SEGERA KENALPASTI PUNCA TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU PINANG

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa di Negeri Pulau Pinang supaya mengambil tindakan segera bagi mengenalpasti punca masalah tumpahan minyak yang berlaku di perairan laut Pulau Pinang awal pagi tadi.

Diangarkan kira-kira sepanjang dua kilometer pesisir pantai berhampiran bangsal nelayan Paramount dicemari dengan kesan tumpahan minyak.  Kejadian dan punca yang berlaku masih tidak dapat dipastikan lagi malah menjadi tanda tanya kepada sebilangan besar nelayan Paramount di Jalan Sultan Ahmad Shah. Tinjauan SAM ke lokasi mendapati kesan tumpahan minyak berkenaan sudah tiada berkemungkinan telah mendap ke dasar lumpur.

CAP dan SAM tidak memihak mana-mana pihak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bahawa beliau mengesyaki yang kami ada persefahaman dengan pihak-pihak yang hendak melihatkan Kerajaan Barisan Nasional jatuh. Tuduhan ini adalah tidak berasas dan merupakan fitnah.

alt

alt

alt

alt

alt