Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Wabak Covid-19: Penyelesaian Kekal Diperlukan Berhubung Perdagangan dan Penjualan Hidupan Liar

Sementara Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pengharaman sementara yang diumumkan baru-baru ini oleh negara China terhadap pemburuan, penjualan, pengangkutan dan eksport semua haiwan liar sebagai tindak balas kepada wabak Covid-19, penyelesaian yang lebih kekal diperlukan bagi mencegah berulangnya wabak seperti itu, bukan hanya di China tetapi di semua negara.

Ini memerlukan pengharaman kekal ke atas perdagangan, penjualan, pengambilan dan memakan hidupan liar dan kawalan yang lebih ketat dalam penguatkuasaan dan pendakwaan aktiviti haram seperti itu terutama sekali bersabit memakan haiwan liar.

MEMAHAMI MASYARAKAT dan MENJADIKAN DUNIA YANG LEBIH BAIK

Dunia menjadi begitu kompleks dan sukar untuk dimengerti, dan ramai daripada kita dipaksa untuk hanya menerima apa yang berlaku sepertimana yang kaya dan berkuasa memerintah kita. Majoriti daripada kita dipinggirkan, ditindas dan miskin. Manakala yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah miskin. Semua ini juga dengan mengorbankan kesihatan yang buruk dan tercemar, persekitaran yang sakit sedang dimusnahkan.

PAOLO FREIRE berhujah bahawa KESEDARAN KRITIKAL satu kemestian jika kita mahu membina dunia yang lebih baik. Beliau bermaksud bahawa kita mestilah mempunyai kemampuan untuk mengakui percanggahan ekonomi, politik dan sosial yang mewujudkan, memanfaatkan dan mengekalkan order sosial yang menindas.

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Berdasarkan imej satelit, antara Mei dan November 2020, kira-kira 87 ekar (0.35 kilometer persegi) hutan berdekatan Tasik Ahning, di Hutan Simpan Bukit Keramat telah ditebang habis dan diteres seperti untuk dijadikan ladang. (Lihat gambar).

Imej itu juga mendedahkan kawasan yang ditebang dan diteres terlebih dahulu hampir dengan kawasan aktiviti penebangan hutan terbaharu.

Kami menggesa kerajaan negeri Kedah menjelaskan dengan segera apakah yang sedang berlaku, memandangkan Menteri Besar Kedah baru-baru ini telah menyatakan bahawa kawasan Hutan Ulu Muda akan dilindungi sebagai kawasan hutan tadahan air di mana sebarang  aktiviti pembalakan tidak dibenarkan.

Batalkan Projek Terowong

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi mengulangi bantahan terhadap cadangan projek mega oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini. Projek itu membabitkan pembinaan terowong bawah laut sepanjang 6.5 km dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.2 km dari Persiaran Gurney ke Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km dari lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam, dan jalan empat lorong sepanjang 12 km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang.

Hari Kesedaran Antarabangsa: Hentikan Pengangkutan Haiwan Hidup

Ramai orang yang berminat dalam kebajikan haiwan bersetuju bahawa pengangkutan ternakan hidup ke destinasi penyembelihan di seluruh negara, melalui lautan atau benua adalah satu amalan yang seharusnya tidak diteruskan.

Walaupun status pengangkutan haiwan dalam setiap wilayah mewakili sesuatu konteks yang berbeza, masalah asasnya ialah kesesakan, pengendalian yang kasar dan kesan buruk daripada perjalanan yang panjang tanpa rehat adalah sama di seluruh dunia. Pengangkutan ternakan pada jarak yang jauh itu sendiri tidak cekap dari sudut ekonomi, tetapi wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakcekapan pelaburan dalam membangunkan alternatif.

alt

alt

alt

alt

alt