Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Alat Tangkapan Musnah Dilanggar Bot Pukat Tunda

CAP Kesal Nelayan Pantai Yang Terlibat Gagal Dapat Pampasan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan khas bagi membantu nelayan pantai yang mengalami kerugian akibat kerosakan alat tangkapan kerana dilanggar oleh bot pukat tunda.

CAP: Jangan Terima TPP di Singapura

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak berkompromi dalam mesyuarat peringkat menteri untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Kepalsuan Dalam Rundingan TPPA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganggap bahawa sesi rundingan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mendapatkan input berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah satu kepalsuan kerana Kementerian itu gagal untuk mempertimbangkan gesaan kami berulangkali supaya menarik diri dari TPPA.

Suara Gesaan Bantah TPPA Dari Seluruh Dunia Semakin Lantang

Masyarakat sivil dan pertubuhan perdagangan di Malaysia dan seluruh dunia telah menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di mana Malaysia sedang berunding dengan 11 negara lain di kawasan Asia Pasifik.

Khususnya, beberapa kebimbangan yang disuarakan yang tidak ditangani dengan secukupnya oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia, selain jaminan berulangkali namun belum begitu meyakinkan, bahawa kerajaan tidak akan bersetuju kepada peruntukan yang bertentangan dengan kepentingan negara.

Nelayan pantai P.Pinang terpaksa berhutang bergadai

Bot pukat tunda terus bermaharajalela

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi mengawal kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan tangkapan nelayan pantai di negeri ini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati lebih 2,000 nelayan pantai di 10 pengkalan daerah barat daya di sini terjejas sumber pendapatan harian akibat kegiatan itu. Pengkalan-pengkalan nelayan yang terlibat ialah Pulau Betong,Kuala Jalan Baru, Sungai Burung,Gertak Sanggul,Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak,Sungai Batu ,Permatang Damar Laut, Permatang Tepi Laut dan Batu Maung.

Ucapan Perasmian S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di Forum Kesan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Sabtu, 22 Jun 2013

Tuan-Tuan & Puan-Puan,
Selamat datang ke forum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Semua yang berada di sini datang untuk mendengar dan mempelajari bagaimana Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), yang pada masa kini sedang dirundingkan oleh Kerajaan Malaysia, akan memberi kesan bukan hanya kepada anda semua tetapi juga kepada generasi masa depan kita.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt