Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Isu Pengeluaran Lesen Bot Pukat Siput Di Kedah

CAP DAN SAM GESA SIAP SIASAT SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas pegawai Jabatan Perikanan di Kedah yang terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa berhubung pengeluaran lesen kepada pengusaha bot pukat siput yang dilaporkan oleh media tempatan baru-baru ini.

Kes tersebut wajar dipandang serius kerana ia membabitkan undang-undang dan boleh memberikan kesan yang lebih buruk ke atas ekosistem tepi pantai, kehidupan nelayan serta sektor perikanan negara pada masa akan datang jika perbuatan seumpama itu berterusan.

Selesaikan masalah pengairan untuk menghentikan kemerosotan hasil padi di kawasan MADA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah saliran yang di hadapi oleh para petani di Kampung Kubang Pisang Mukim Rambai daerah Pendang Kedah ketika ini.

Masalah yang berlaku sejak lima tahun yang lalu itu bukan saja menjejaskan tanaman padi yang diusahakan oleh para petani di kampung berkenaan tetapi juga mengurangkan hasil pendapatan mereka setiap kali musim menuai.

 

TPPA: Proses Perakuan AS Mencabuli Kedaulatan Negara Amat Mengejutkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang dengan proses yang mengejutkan yang mana Amerika Syarikat (AS) mengasak lebih banyak konsesi dari negara lain yang sedang berunding Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengannya, malah selepas teks perjanjian ditandatangani. Perkara ini didedahkan dalam penyelidikan baharu yang dikeluarkan semalam di http://tppnocertification.org/ .Proses pengekstrakan konsesi sebelah pihak ini dipanggil ‘perakuan’ (certification) dan AS menuntut agar ianya menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang pada masa ini sedang dirundingkan oleh kerajaan Malaysia dan 11 negara lain termasuk AS.

TIDAK Kepada “Pencemar Dibayar” Dalam TPPA

Pusingan Terbaharu rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat bermula pada 3 Julai dan akan berterusan sehingga 12 Julai 2014 di Ottawa, Kanada.

Menurut laporan berita, bab-bab yang akan dirundingkan di sana termasuklah: pelaburan, perkhidmatan, harta intelektual, tarif barangan dan pengecualian seperti untuk kesihatan termasuk kawalan tembakau dan alam sekitar.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang terhadap peruntukan yang telah dipersetujui dalam bab pelaburan TPPA yang dibocorkan. Pelabur asing telah berjaya mencabar undang-undang kesihatan, alam sekitar dan bidang kepentingan awam lain di negara lain yang telah menandatangani peruntukan perjanjian yang sama. Malah kes-kes itu telah menunjukkan apabila pelabur asing melanggar undang-undang negara di mana ia beroperasi dan dihukum sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang negara tuan rumah, pelabur asing masih boleh menyaman kerajaan tuan rumah di bawah perjanjian ini dan menang.

Jangan beri konsesi dalam rundingan TPP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal bahawa rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), masih dilangsungkan. Mesyuarat perunding yang turut melibatkan Ketua Perunding negara-negara TPPA akan diadakan di Kanada pada 3 – 12 Julai 2014. Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk berdiri teguh terhadap semua posisinya semasa mesyuarat tersebut dan mengukuhkan posisi selanjutnya, selaras dengan Garisan Merah bagi isu-isu yang dikemukakan kepada kerajaan oleh pertubuhan masyarakat awam termasuk CAP.

Kami difahamkan bahawa dalam pertemuan di Kanada nanti, isu-isu yang mungkin dirundingkan termasuk harta intelek (IP), pelaburan, perusahaan milik negara (state owned enterprise - SOE) dan kemungkinan pengecualian untuk kawalan tembakau. Setiap satu daripada isu-isu ini sangat sensitif, di mana terdapat kepentingan yang tinggi untuk Malaysia.

 

Bab Privasi dan E-Dagang TPP

Dalam rundingan semasa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) melibatkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, AS telah membuat cadangan dalam bab E-Dagang. Memandangkan rundingan ini adalah rahsia, kami hanya mendapat laporan berita tentang apa yang AS cadangkan. Ini termasuklah aliran bebas maklumat melepasi sempadan dan tiada  keperluan pelayan (server) tempatan. [1]

Negara-negara mungkin mempunyai beberapa alasan kenapa mereka mahu menyimpan data sensitif dalam pelayan tempatan di mana ia boleh dilindungi di bawah undang-undang privasi tempatan mereka. Ini berupa data cukai warganegara, [2] rekod penjagaan kesihatan, [3] maklumat kewangan dan sebagainya.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt