Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

TPPA - Bahagian Syarikat Milik Negara Kelihatan Amat Merosakkan: Malaysia Tidak Sepatutnya Ikut Serta Dalam Memuktamadkan TPPA

Mesyuarat peringkat menteri Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang kini sedang berlangsung di Hawaii seharusnya tidak memuktamadkan rundingan tersebut disebabkan banyak isu kepentingan awam yang amat penting masih tidak diselesaikan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan negara lain masih tidak mengetahui apakah yang sedang dirundingkan atau yang dipersetujui.

Malah, jika negara lain sanggup memuktamadkan seluruh draf TPPA, Malaysia tidak seharusnya bersetuju. Sebaliknya, delegasi Malaysia yang diketuai oleh Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai dan meminta pandangan orang ramai berhubung isu-isu, sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai rundingan akhir untuk memuktamadkannya.

Keperluan untuk mendapatkan pandangan awam menjadi lebih mustahak sekarang memandangkan maklumat yang diperolehi berhubung “syarikat milik negara” (SOEs) yang merupakan salah satu bahagian yang paling diperdebatkan daripada TPPA. Ringkasan rasmi isu dan prinsip bab kecil telah didedahkan oleh Wikileaks kelmarin (30 Julai 2015).

Penggubal Undang-Undang Kanan dari Negara TPP Gesa Pemimpin Lindungi Kedaulatan Negara daripada Perakuan Amerika Syarikat

Ahli Parlimen Kanan dari lima negara yang sedang merundingkan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) telah menandatangani surat terbuka menggesa pemimpin politik mereka supaya melindungi kedaulatan negara mereka daripada peroses perakuan Amerika Syarikat.

Mereka yang menandatanganinya adalah dari Australia, Kanada, Jepun, Malaysia dan New Zealand termasuk bekas ahli Parlimen Kanan serta pemimpin parti politik semasa, jurucakap bagi perdagangan dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap TPP.

Surat mereka menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghendaki pihak yang sebelum ini melakukan perjanjian perdagangan bebas supaya menukar undang-undang, peraturan dan prosedur mereka untuk memenuhi interpretasi AS terhadap kewajipan negara itu sebelum AS membenarkan perjanjian itu dikuatkuasakan.

TPP: Malaysia Mesti Tarik Diri Sekarang Memandangkan Tiada Kuasa Fast Track Amerika Syarikat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia supaya menarik diri daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memandangkan Senat Amerika Syarikat (AS) telah mengundi menentang pertimbangan kuasa Fast Track pada kali ini.

 

Mansuhkan Caj Perkhidmatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terperanjat dengan hakikat bahawa kerajaan kita bukan sahaja mengalah kepada desakan dan membenarkan caj perkhidmatan dikekalkan, malah alasan yang diberi mengenai kewajaran pengenaan caj itu boleh dipertikaikan. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, "gaji minimum di sesetengah hotel adalah RM350-00 dan pekerja yang berpotensi kurang berminat untuk bekerja dalam industri terbabit jika gaji yang diterima terlalu rendah”.


TPPA: CAP-SAM Memberi Peringatan – Jangan Tandatangan!

Kami merujuk kepada surat oleh Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Asli (Asli Center of Public Policy Studies) yang menyeru kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Kami kesal bahawa Ramon dan beberapa ahli-ahli komuniti perniagaan lain gagal untuk memahami implikasi serius bagi rakyat dan negara kita sekiranya menandatangani TPPA.

Beliau memberi amaran bahawa jika kita tidak menyertai TPPA akan ada "akibat buruk" – antaranya tidak ada akses kepada kawasan perdagangan bebas baru dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lebih RM101 trilion; tidak dapat keluar daripada perangkap pendapatan sederhana; akan memberi kesan serius ke atas keupayaan untuk berinovasi, menarik pelaburan langsung asing, teknologi tinggi, pendapatan, pekerjaan dan kualiti hidup.

Individu yang tidak menganalisis teks TPP dengan terperinci mestilah pragmatik dan tidak menggesa kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini. Paul Krugman, seorang pakar ekonomi yang merupakan pemenang Nobel telah menyatakan kes ekonomi untuk TPP adalah lemah, dan bukannya membawa masalah besar jikalau ia tidak dimeterai.

 

CAP Bantah Kerahsiaan dan Fasal Non-Disclosure Sesi Townhall dan Makmal TPP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa peserta yang dijemput menghadiri sesi makmal yang berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dikehendaki menandatangani Deklarasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Perjanjian Bukan Pendedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjemput CAP untuk mengambil bahagian dalam sesi townhall dan makmal tertutup TPP yang diadakan pada 2 dan 3 April 2015. Surat jemputan menyatakan bahawa sesi ini dijalankan untuk meningkatkan engagement serta mendapatkan input daripada pelbagai pihak dan yang proses ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan dalam merundingkan perjanjian TPP.


Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt