Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

500 Nelayan Pantai Lekir Diancam Pencemaran – CAP

 

Lebih kurang 500 nelayan pantai di Lekir daerah Manjung Perak terjejas sumber pendapatan harian berikutan pencemaran laut yang semakin serius melanda kawasan tangkapan mereka. Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu berpunca dari pembuangan sisa kilang dan sisa kolam ternakan udang di kawasan tersebut.

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati hidupan laut di Zon A antara 1 batu nautika hingga 8 batu nautika di sini telah berkurangan dan diancam kepupusan akibat pencemaran yang berlaku itu. Selain ikan dan udang yang semakin berkurangan, ketam, kerang dan siput juga sukar diperolehi di kawasan ini kerana hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakannya telah dimusnahkan bagi pelaksanaan projek ternakan udang.

Perkhidmatan TM yang mahal, perlahan dan buruk perlu ditamatkan

Perkhidmatan yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM) semakin hari semakin buruk. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sendiri sudah berasa bosan dengan pelbagai aduan yang diterima mengenai perkhidmatan buruk Internet dan telefon yang disediakan.

Perjanjian TPP dicapai - Hari Gelap untuk Malaysia

Walaupun terdapat bantahan meluas di peringkat antarabangsa, pegawai perdagangan dari 12 negara yang merundingkan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Atlanta, Amerika Syarikat semalam mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan ke atas perjanjian perdagangan, yang akan mengancam manusia dan dunia.

Teks muktamad dijangka boleh didapati dalam beberapa minggu lagi. Siaran media menteri perdagangan negara-negara TPP menyatakan bahawa untuk memformalkan hasil perjanjian tersebut, perunding akan meneruskan kerja-kerja teknikal untuk menyediakan teks yang lengkap untuk siaran awam, termasuk kajian undang-undang, penterjemahan, penggubalan dan pengesahan teks.

Oleh itu perjuangan kita belum berakhir, TPP masih menghadapi beberapa prosedur dan cabaran sebelum disahkan di peringkat kebangsaan. Pertama, TPP masih belum ditandatangani dan Malaysia masih perlu membuat keputusan sama ada untuk menandatanganinya. Orang awam dan Parlimen masih boleh mengemukakan pandangan mereka dan mempengaruhi kerajaan untuk tidak menandatanganinya. Kedua, teks TPP masih rahsia dan adalah penting untuk ia dikeluarkan supaya orang awam boleh mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan dan implikasinya.

Penerbitan Baru SAM Mengenai Masyarakat Penan: Kegagalan Sistemik untuk Melindungi NCR di Sarawak

Pada tahun 2002, Persatuan Penan Sarawak (Sarawak Penan Association - SPA) mengeluarkan Deklarasi Long Sayan 2002, yang telah ditandatangani oleh lebih daripada 40 pemimpin masyarakat Penan. Antara lain, deklarasi tersebut menggesa supaya semua operasi pembalakan di wilayah Penan dihentikan, pewartaan wilayah mereka sebagai Hutan Simpanan Komunal (Communal Forest Reserves) dan penyediaan serta kemudahcapaian perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perumahan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih, di samping latihan pertanian dan sokongan kepada masyarakat.

Namun hari ini, lebih daripada satu dekad kemudian - masyarakat Penan di Sarawak masih hidup tanpa sekuriti penuh ke atas hak-hak tanah dan dalam keadaan hidup substandard. Lebih buruk lagi, disebabkan oleh pengurangan dalam sumber kayu semulajadi di Sarawak akibat daripada tiga dekad pembalakan yang tidak mapan, perladangan pokok kayu balak dan kelapa sawit telah dengan cepat mengambil tempat industri balak yang merosot. Ladang-ladang, yang memerlukan penebangan habis kawasan hutan yang pernah dibalak, pasti akan membawa kesan yang lebih buruk kepada masyarakat tempatan, walaupun kesan operasi pembalakan telah selama ini cukup teruk.

Masalah penternak di Kampung Kubang Palas perlu ditangani segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah mengekalkan padang ragut di Kampung Kubang Palas dekat Kuala Nerang di sini untuk 200 penternak di kampung itu. Langkah tersebut amat wajar kerana para penternak terbabit merupakan penduduk asal dan aktiviti penternakan di sini juga telah dilakukan sejak turun temurun lagi di samping memberi banyak sumbangan kepada ekonomi negara dan bekalan daging untuk rakyat di negeri ini.

 

Atasi segera masalah nelayan pantai Balik Pulau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan kerajaan Pulau Pinang menyiasat punca-punca yang menyebabkan beberapa jenis hidupan laut di perairan Balik Pulau terancam dan semakin pupus.

Tinjauan CAP mendapati selain ikan berkualiti tinggi seperti bawal tambak dan bawal putih, hidupan lain seperti kerang, siput, lala, ketam dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama lebih 500 nelayan pantai di sini juga berkurangan. Nelayan-nelayan yang terlibat ialah dari Kuala Sungai Burung, Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Jalan Bharu dan Pulau Betong.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt