Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Utamakan Megafauna Kita – Bukannya Panda

Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebelum ini sudah pun memberi amaran serta meramalkan berita bahawa memelihara panda di Zoo Negara akan menelan belanja yang besar. Pada hakikatnya panda merupakan haiwan yang paling mahal di dunia untuk dipelihara.

Sejak tahun 2009 dan 2012 lagi, SAM telah membantah dengan sekeras-kerasnya langkah untuk membawa panda ke Malaysia di mana Kerajaan China bersetuju untuk menyewakannya dengan bayaran mencapai enam angka. Pada masa itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Zoo Negara diserang demam panda yang menenggelamkan segala kebimbangan dan keprihatinan orang ramai dan NGO.

Memandangkan panda merupakan spesies terancam, menarik dan mudah terjejas, seekor panda sahaja boleh menarik berjuta pengunjung yang akan membawa keuntungan dari sudut kewangan, dengan itu dapat menaikkan perolehan pendapatan zoo yang merosot. Kajian menunjukkan zoo yang mempunyai panda berada dalam “tempoh bulan madu” apabila ramai orang berpusu-pusu untuk melihatnya. Selepas beberapa waktu, kehadiran panda tidak lagi dikaitkan dengan pemuliharaan atau pendidikan tetapi lebih kepada mengumpul hasil kutipan masuk ke zoo. Apabila pendapatan mula merosot, anak panda akan membawa lebih ramai pengunjung untuk mengimbangi kos penjagaan haiwan.

SAM & CAP Bantah Projek Terminal Perikanan Di Kuala Kedah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah rancangan kerajaan Kedah hendak membina Terminal Perikanan di Tebengau dekat Kuala Kedah di sini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Projek mega dikenali sebagai Terminal Perikanan Bersepadu Kedah atau Kedah Integrated Fishery Terminal (KIFT) ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Lu Hai Feng Development Sdn Bhd dari China dengan kos sebanyak RM1.831 bilion dan akan direalisasikan pada tahun depan selepas mendapat kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) bulan lalu.

Hadapilah Kenyataan Yang Perit Daripada Digoda Fiksyen Ganas

Kesan buruk keganasan dalam media terhadap kanak-kanak sudah banyak dibuktikan melalui pelbagai kajian. Filem Kabali mencerminkan kenyataan pahit yang menyelubungi komuniti India dan filem ini boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk mempercayai bahawa keganasan adalah rencah kehidupan.

Menurut laporan pada Ogos 2013, seramai 40,313 ahli kepada 49 pertubuhan haram telah ditahan kerana terlibat dalam jenayah rompakan bersenjata, kecurian, mencuri kenderaan, melakukan aktiviti haram, mengedar dadah dan berurusan dengan pertubuhan rahsia.

Kegemparan Mengenai Surat Penang Forum Kepada UNESCO Tidak Wajar

Baru-baru ini telah berlaku kegemparan mengenai surat Penang Forum kepada UNESCO. Surat ini telah meminta misi nasihat dan penilaian kesan cadangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan bagaimana ia mungkin menjejaskan nilai sejagat yang menonjol (Outstanding Universal Value - OUV) hartanah warisan dunia Pulau Pinang.

NGO dituduh meletakkan risiko pada status tapak warisan dunia Pulau Pinang dan menikam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari belakang.

Adakah tuduhan ini wajar?

Hentikan Kenaikan Harga Sayuran Dengan Sewenang-wenang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran yang meningkat 350% pada bulan Ramadan ini.

Berikut adalah senarai perbandingan harga.

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.

CAP juga berulang kali menggesa FAMA agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian.

Kenyataan Akhbar, 8 Jun 2016

CAP menggesa Ahli Parlimen untuk menolak TPPA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa Kerajaan sedang memperolok-olokkan Parlimen dengan memohon kebebasan penuh bagi negara untuk terikat dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dalam mengemukakan usul di Parlimen, kerajaan mahu mandat untuk menandatangani DAN meratifikasi TPPA. Menandatangani sebelum memahami dengan penuh implikasi pelbagai tanggungjawab dan komitmen baru adalah cukup buruk, tetapi untuk meminta Parlimen untuk bersetuju dengan ratifikasi, iaitu satu langkah yang mengikat secara undang-undang, pada peringkat ini adalah sama seperti Kerajaan mengakui ia tidak akan mengambilkira keresahan yang semakin meningkat daripada kalangan banyak rakyat Malaysia.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt