Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penggubal Undang-Undang Kanan dari Negara TPP Gesa Pemimpin Lindungi Kedaulatan Negara daripada Perakuan Amerika Syarikat

Ahli Parlimen Kanan dari lima negara yang sedang merundingkan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) telah menandatangani surat terbuka menggesa pemimpin politik mereka supaya melindungi kedaulatan negara mereka daripada peroses perakuan Amerika Syarikat.

Mereka yang menandatanganinya adalah dari Australia, Kanada, Jepun, Malaysia dan New Zealand termasuk bekas ahli Parlimen Kanan serta pemimpin parti politik semasa, jurucakap bagi perdagangan dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap TPP.

Surat mereka menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghendaki pihak yang sebelum ini melakukan perjanjian perdagangan bebas supaya menukar undang-undang, peraturan dan prosedur mereka untuk memenuhi interpretasi AS terhadap kewajipan negara itu sebelum AS membenarkan perjanjian itu dikuatkuasakan.
“Jika dilaksanakan kepada TPP, amalan ini akan melanggar kedaulatan kerajaan kita untuk menentukan maksud dan kewajipan yang mereka telah persetujui dan dilaksanakan di bawah TPP; ia akan mempersoalkan kuasa perlembagaan serta tanggungjawab perundangan dan penggubal undang-undang dan ia merupakan campur tangan oleh kerajaan asing dalam kedaulatan negara kita.”

Menteri Perdagangan dari 12 negara yang turut serta dijangka bertemu di Guam dari 26 hingga 28 Mei, di mana mereka dikatakan berharap untuk memuktamadkan rundingan itu.

Ahli Parlimen telah menggesa kerajaan mereka supaya memastikan sebarang keputusan akhir TPP berkesan melindungi kuasa kedaulatan menggubal undang-undang negara daripada pengaruh luar, dan mengukuhkan hak perundangan perlembagaan untuk memutuskan sama ada kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mematuhi perjanjian itu. Sebarang cabaran untuk mematuhi perlu diteruskan selepas perjanjian itu berkuatkuasa dengan menggunakan proses penyelesaian pertikaian yang dimandatkan dalam perjanjian itu.

Laman sesawang www.tppnocertification.org menjelaskan bagaimana AS telah menggunakan proses perakuan dalam beberapa tahun yang lepas, termasuk kajian kes perjanjian perdagangan bebas Peru dan Australia.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berpendapat bahawa TPP perlu dimansuhkan antara lainnya kerana bersetuju dengan mekanisma perakuan ini adalah seperti menyerahkan kedaulatan perundangan.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


Surat Kpd Pengarang, 15 Mei 2015


Surat dan penandatangan:
12 Mei 2015


Surat Terbuka kepada Pemimpin Politik Negara Merundingi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik:

Sebagai bekas dan penggubal undang-undang semasa dengan tanggungjawab untuk membuat undang-undang bagi negara kita kami amat bimbang mengenai potensi bagi Kerajaan Amerika Syarikat menggunakan proses yang dikenali sebagai ‘Perakuan’ terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik.

Dalam melaksanakan undang-undang itu terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lepas, Kerajaan Amerika Syarikat telah memasukkan keperluan untuk menahan pelaksanaan perjanjian sehingga kerajaan lain memuaskan kefahaman AS bahawa kewajipan negara di bawah perjanjian itu dengan menukar undang-undang, peraturan dan prosedur bagi memuaskan tuntutan AS. Sehingga ia dilakukan, AS tidak akan melengkapkan pertukaran surat dengan negara itu, yang penting untuk membawa perjanjian itu berkuatkuasa antara mereka.

Dalam FTA AS yang lalu, ini menghasilkan AS mengeluarkan konsesi tambahan dari negara, draf rasmi undang-undang negara lain, perjanjian akan berkuatkuasa pada masa yang berbeza untuk negara berbeza, dan penangguhan yang berpanjangan dalam pelaksanaan pakatan perdagangan untuk sesetengah negara.

Jika dilaksanakan kepada TPP, amalan ini akan melanggar kedaulatan negara kita untuk menentukan maksud dan kewajipan yang dipersetujui dan dilaksanakan di bawah TPP; ia akan mempersoalkan kuasa perlembagaan dan tanggungjawab undang-undang dan penggubal undang-undang dan ia merupakan campur tangan oleh kerajaan asing dalam kedaulatan negara kita.

Oleh sebab itu kami menggesa kerajaan kita:

i. Untuk memastikan sebarang kandungan akhir TPP merupakan peruntukan yang berkesan yang akan melindungi kuasa kedaulatan menggubal undang-undang kita daripada pengaruh luar dan mengukuhkan hak perlembagaan kita untuk menentukan secara eksklusif sama ada kerajaan kita telah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mematuhi peruntukan perjanjian sebelum ia dikuatkuasakan dan

ii. Untuk menentang sebarang usaha oleh pihak TPP lain untuk mempengaruhi draf undang-undang kita sebelum perjanjian dikuatkuasakan, mengiktiraf bahawa perjanjian akhir akan menyediakan forum yang sesuai dan mencukupi bagi penyelesaian pertikaian jika dan apabila pihak lain percaya bahawa undang-undang negara kita, peraturan atau prosedur tidak mematuhi dengan kewajipan kita di bawah TPP.

Ditandatangani oleh

Australia

Kelvin Thomson MP, Deputy Chair of the Joint Standing Committee on Treaties, Australian Labor Party

Senator Peter Whish-Wilson, Spokesperson on Trade, Australian Greens

Kanada

Don Davies MP, Critic for International Trade, New Democratic Party

Elizabeth May MP, Leader, Green Party of Canada

Jepun

Yukio Hatoyama, former Prime Minister of Japan and former Member of the House of Representatives

Masahiko Yamada, former Minister of Agriculture, Forestry and Fisheries and former Member of the House of Representatives

Megumu Tsuji, former Member of the House of Representatives

Susumu Saito, former Member of the House of Representatives

Tomohiko Mizuno, former Member of the House of Representatives

Hiroshi Kawauchi, former Member of the House of Representatives

Kazuo Takamatsu, former Member of the House of Representatives

Tsutomu Takamura, former Member of the House of Representatives

Seiichiro Dokyu, former Member of the House of Representatives

Mizuho Fukushima, Member of the House of Councillors, former Minister of State for Special Missions, Social Democratic Party

Takashi Shinohara, Member of the House of Representatives, former Vice-Minister of Agriculture, Forestry and Fisheries, Chairperson of Diet Member’s Caucus to Cautiously Consider the TPP, Democratic Party of Japan

Katsumasa Suzuki, Member of the House of Representatives, former Secretary General of ‘People’s Life First’, Democratic Party of Japan

Takeshi Maeda, Member of the House of Councillors, former Minister of Land, Infrastructure, Transport and Tourism, Democratic Party of Japan

Kumiko Aihara, Member of the House of Councillors, Democratic Party of Japan

Akio Fukuta, Member of the House of Representatives, Democratic Party of Japan

Takako Suzuki, Member of the House of Representatives, Democratic Party of Japan

Kaoru Tashiro, Member of the House of Councillors, Democratic Party of Japan

Toshio Ogawa, Member of the House of Councillors, former Minister of Justice, Democratic Party of Japan

Teruhiko Mashiko, Member of the House of Councillors, former Vice-Minister of Economy, Trade and Industry, Democratic Party of Japan

Eri Tokunaga, Member of the House of Councillors, Democratic Party of Japan

Shizuka Kamei, Member of the House of Representatives, former Minister of Transport, former Minister of Construction, former Minister of State for Special Missions, Independent

Taro Yamamoto, Member of the House of Councillors, The People’s Life Party and Taro Yamamoto and Friends

Tomoko Kami, Member of the House of Councillors, Japan Communist Party

Yoshiko Kira, Member of the House of Councillors, Japan Communist Party

Malaysia

Yang Berhormat Tuan Wong Chen, Parti Keadilan Rakyat, Member of the Malaysian Bipartisan Parliamentary Caucus on TPPA

Yang Berhormat Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Parti Sosialis Malaysia, Member of the Malaysian Bipartisan Parliamentary Caucus on TPPA

Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar, Parti Keadilan Rakyat, Member of the Malaysian Bipartisan Parliamentary Caucus on TPPA

Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, Parti Keadilan Rakyat, Member of the Malaysian Bipartisan Parliamentary Caucus on TPPA.

New Zealand

Hon Margaret Wilson, former Speaker of the House of Representatives and Attorney General, New Zealand Labour Party

Andrew Little, Leader of the New Zealand Labour Party

Hon Winston Peters, Leader of New Zealand First, former Minister of Foreign Affairs

Hon Te Ururoa Flavell, Co-Leader of the Maori Party

Marama Fox MP, Co-Leader of the Maori Party

Russel Norman, Co-Leader of the Green Party of Aotearoa

Metiria Turei, Co-Leader of the Green Party of Aotearoa

Jeanette Fitzsimmons, former Co-Leader of the Green Party of Aotearoa

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt