Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Mansuhkan Caj Perkhidmatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terperanjat dengan hakikat bahawa kerajaan kita bukan sahaja mengalah kepada desakan dan membenarkan caj perkhidmatan dikekalkan, malah alasan yang diberi mengenai kewajaran pengenaan caj itu boleh dipertikaikan. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, "gaji minimum di sesetengah hotel adalah RM350-00 dan pekerja yang berpotensi kurang berminat untuk bekerja dalam industri terbabit jika gaji yang diterima terlalu rendah”.


Mereka yang bekerja di Malaysia, baik orang tempatan mahupun warga asing, perlu beringat bahawa:

> Perintah Gaji Minimum 2012 menyebut bahawa majikan dengan lebih 5 orang pekerja akan membayar kepada pekerjanya tidak kurang daripada RM900-00 di Semenanjung Malaysia dan tidak kurang RM800-00 di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

> Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) Seksyen 43 menyebut majikan yang gagal membayar gaji minimum seperti yang termaktub di dalam Perintah Gaji Minimum kepada pekerjanya dianggap telah melakukan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000-00 bagi setiap pekerja.

Sehubungan perkara ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Alias adalah agak membimbangkan:

1. Kerajaan secara tidak wajar mengharapkan pengguna membayar sejumlah wang gaji
mereka kepada pekerja restoran dan hotel melalui pengenaan caj perkhidmatan. Dengan bayaran ini mahupun sebaliknya, pekerja sepatutnya memperolehi RM900/RM800 (bergantung kepada kawasan) sejajar dengan hak mereka di dalam undang-undang namun mereka tidak memperolehinya. Sebarang pendapatan daripada caj perkhidmatan merupakan bonus yang tidak termasuk di dalam gaji minimum.

2. Kerajaan sedar bahawa "gaji minimum di sesetengah hotel adalah RM350-00” iaitu jauh lebih rendah daripada gaji minimum. Namun ia secara terang-terangan membayangkan kepada orang awam bahawa ia menutup sebelah mata terhadap kesalahan yang dilakukan oleh majikan terbabit di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 20ll.

Sehubungan itu, CAP membantah tindakan hotel, restoran serta perniagaan lain mengenakan sebarang caj perkhidmatan dan berpendapat ia perlu dimansuhkan segera. Majikan tidak sepatutnya mengenakan caj perkhidmatan untuk mengurangkan jumlah yang mereka terhutang kepada pekerja. Kami turut menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya bertindak terhadap majikan yang gagal membayar gaji minimum mandatori kepada pekerja dengan mengheret mereka ke muka pengadilan.


Kenyataan Akhbar, 24hb. April 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt