Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Gesa Kerajaan Malaysia Menarik Diri Daripada Rundingan TPPA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tetap merasa bimbang kerana Malaysia masih meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dengan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat. Dengan demikian, CAP telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia dan menyerahkan salinan kepada semua Menteri menggesa Kerajaan supaya menarik diri daripada seluruh rundingan dan tidak menandatangani TPPA. Berikut adalah surat kami kepada Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Menteri Kabinet.


Surat CAP kepada Perdana Menteri Malaysia bertarikh 17 November 2014


Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,


Tarik Diri Daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik

Kami tetap merasa bimbang kerana Malaysia masih meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dengan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Pemimpin TPPA telah mengadakan mesyuarat sampingan di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di China pada 10 November 2014. Menurut laporan berita ia diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing, dipengerusikan oleh Presiden Obama dan berlangsung selama satu jam. Selepas itu, YAB Dato’ Sri dipetik sebagai berkata bahawa semua 12 negara yang terlibat dalam TPPA bersetuju rundingan pusingan akhir akan diadakan pada awal tahun hadapan. [1] Oleh sebab itu rundingan TPPA nampaknya sedang memasuki peringkat akhir.

Terdapat laporan bertentangan terhadap apa yang dipersetujui berhubung TPPA di Beijing. Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser dalam temubual dengan Wall Street Journal selepas pemimpin TPPA bertemu menyatakan bahawa negara TPPA baru-baru ini mencapai persetujuan tidak rasmi berhubung harta intelektual (intellectual property - IP) dan peraturan asal mula (rules of origin - RoO), bermakna bagi kira-kira dua dozen bab yang meliputi peraturan, perunding secara tidak rasmi “menutup” semua tetapi dua bidang utama: perusahaan milik negara dan penyelesaian pertikaian pelabur-negara.

Pada awal hari itu, apabila menteri-menteri perdagangan negara-negaraTPPA melaporkan kepada pemimpin, bab seperti harta intelektual, alam sekitar, peraturan asal mula, kemudahan perdagangan dan kastam, perdagangan elektronik, buruh dan rantaian bekalan masih belum dirumuskan [2] dan akhbar Jepun melaporkan bahawa rundingan itu akan diteruskan pada Disember 2014 berhubung beberapa bidang yang diperbalahkan termasuk harta intelektual, perusahaan milik negara dan alam sekitar [3].

Pada 2013, YAB Dato’ Sri telah mengenal pasti beberapa isu ini sebagai bidang yang menjadi perhatian besar dengan menyatakan bahawa ‘Apabila anda melangkauinya ke dalam bidang harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelabur-negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh, anda meninggalkan kesan ke atas asas hak kedaulatan negara untuk membuat peraturan dan dasar’ [4]. Bidang utama yang Malaysia sepatutnya mendapat manfaat daripada TPPA ialah dalam eksport bebas tarif kepada negara TPPA dan sejak akses pasaran bebas tarif bagi semua barangan Malaysia dengan tiada ‘yarn forward rule’ masih belum dipersetujui, [5] bukan masanya untuk Malaysia membuat konsesi dalam sebarang bidang sensitif ini.

Malah dalam bidang ini di mana Malaysia sepatutnya memperolehi manfaat – akses pasaran barangan – kajian oleh ahli ekonomi kanan daripada Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) yang menggunakan data 2013 mendapati bahawa imbangan perdagangan Malaysia dengan negara TPPA akan menjadi lebih buruk sehingga AS$1.4 bilion setahun (memandangkan import meningkat lebih banyak berbanding eksport) akibat TPPA. [6] Kajian menunjukkan bahawa malah dalam bab barangan yang sepatutnya memberikan manfaat kepada Malaysia (menghapuskan tarif ke atas eksport Malaysia), Malaysia akan menghadapi situasi lebih buruk berbanding tanpa TPPA. Analisis ini menunjukkan bahawa tidak terdapat manfaat penting untuk mengimbangi kos yang diketahui daripada banyak bab TPPA lain (termasuk harta intelektual yang lebih kukuh yang akan mengekalkan harga ubat dan buku teks yang berharga tinggi untuk tempoh lebih lama, membuka pembelian Malaysia oleh kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan kepada produk, perkhidmatan dan pembekalan dari negara TPPA lain, mengehadkan kemampuan Malaysia untuk mengawal [seperti mengenakan kawalan modal, kawalan tembakau atau peraturan alam sekitar] akibat daripada bab pelaburan dan sebagainya).

Tambahan pula, Amerika Syarikat tidak mempunyai kuasa ‘fast track’. Tanpa kuasa ‘fast track’, satu jawatankuasa akan mempengerusikan atau sekumpulan kecil senator di Kongres Amerika Syarikat boleh membuka semula teks yang ditandatangani untuk mengurangkan kewajipan Amerika Syarikat atau meningkatkan kewajipan Malaysia, contohnya, mereka boleh menghapuskan pengecualian untuk Bumiputra yang dipersetujui sebelum ini untuk membuka pemerolehan kerajaan Malaysia kepada produk, perkhidmatan dan pembekalan dari negara TPPA lain dan sebagainya [7]. Negara TPPA lain seperti Kanada berkata mereka tidak akan merumuskan rundingan TPPA tanpa kuasa ‘fast track’ kerana jika tidak Kongres Amerika Syarikat boleh membongkar imbangan teliti dalam teks TPPA. [8] Kesatuan Eropah mempunyai kedudukan yang sama bagi rundingan perjanjian perdagangan bebasnya dengan Amerika Syarikat. [9] Kami percaya Malaysia telah mengambil kedudukan yang bijak untuk melindungi kepentingan negara kita dan berkeras agar Amerika Syarikat mempunyai kuasa ‘fast track’ sebelum ia membuat sebarang konsesi terhadap isu sensitif yang digariskan oleh YAB Dato’ Sri di atas.

Berdasarkan kepada tanda-tanda yang bertentangan ini dan demi kepentingan ketelusan dan akauntabiliti, kami menggesa Kerajaan Malaysia mendedahkan kepada umum apakah yang dipersetujui setakat ini di dalam TPPA.

Walaupun YAB Dato’ Sri menyatakan keprihatinannya, kami tahu bahawa menurut bab pelaburan TPPA yang dibocorkan pada 2012, Malaysia sudah pun bersetuju kepada prinsip penyelesaian pertikaian pelabur-negara (ISDS). [10] Ini amat mengejutkan selaras dengan perkembangan terbaharu bahawa terdapat kecacatan yang ketara dalam sistem itu, yang memberikan kelebihan kepada kepentingan pelabur yang sering kali mengorbankan kepentingan awam, termasuklah:

> Pemberian AS$50 bilion ISDS kepada pelabur asing pada Julai 2014 [11] yang menunjukkan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan dalam satu pertikaian di bawah jenis peruntukan ini sejak bab pelaburan TPPA dibocorkan tidak mempunyai had ke atas kerosakan yang Kerajaan Malaysia mungkin perlu membayar kepada pelabur asing.

> Jerman enggan membenarkan Perjanjian Perdagangan Kesatuan Eropah-Kanada (CETA) ditandatangani kerana ia mempunyai ISDS di dalamnya dan ia prihatin bahawa syarikat Kanada akan menggunakannya untuk mencabar peraturan Jerman.

> Kajian akademik Kanada menunjukkan dalam semua kes ISDS yang didedahkan sehingga 2010, pelabur Amerika Syarikat mempunyai 98% peluang interpretasi meluas terhadap hak mereka. [12]

> Indonesia tidak meneruskan semua perjanjian pelaburan dua hala (yang mempunyai peruntukan sama dengan apa yang dipersetujui Malaysia dalam bab pelaburan TPPA yang dibocorkan) selepas disaman oleh pelabur asing menggunakan peruntukan itu.

> Baru-baru ini peraturan ISDS mengarahkan suatu negara supaya melanggar perlembagaan, pemisahan kuasa antara eksekutif dan kehakiman. [13] Bab pelaburan TPPA yang dibocorkan tidak mempunyai sebarang perlindungan bagi perlembagaan pemisahan kuasa.

> Kebimbangan mengenai ISDS disuarakan oleh Ketua Hakim mahkamah tertinggi Australia [14] dan Peguam Negara Singapura [15].

Tambahan pula, berdasarkan kepada pengalaman negara lain, negara maju dan membangun, proses pensijilan ditekankan oleh Amerika Syarikat selepas TPPA ditandatangani, jika bersetuju kepadanya, ia bermakna bahawa: [16]

> Kerajaan Amerika Syarikat boleh mendraf undang-undang Malaysia bagi pelaksanaan TPPA. Dengan berbuat demikian ia boleh:

o Menghapuskan fleksibiliti dan perlindungan yang telah diletakkan oleh Malaysia secara berhati-hati dalam teks TPPA.

o Menambah kewajipan tambahan ke atas Malaysia yang tidak ditangani dalam teks TPPA.

> Tuntutan untuk kewajipan tambahan ke atas Malaysia boleh datang daripada Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat, Kongres Amerika Syarikat atau malah syarikat Amerika Syarikat seperti Chevron.

Keperluan lain Amerika Syarikat dalam TPPA seperti mengehadkan kejayaan semasa Malaysia menggunakan cukai eksport supaya daripada hanya mengeksport bahan mentah ke Amerika Syarikat dan kemudiannya mengimport semula produk siap seperti produk keluli, menggendalakan kemampuan kita untuk meningkatkan rantaian nilai dan menekan potensi pembangunan kita, dan proses seperti pensijilan akan menukarkan Parlimen Malaysia kepada ‘pak turut’ (rubber stamp), jelas bahawa pada hakikatnya TPPA adalah penjajahan semula ke atas negara kita.

TPPA adalah lebih buruk berbanding cadangan USFTA-Malaysia dalam:

> cadangan disiplin yang lebih kukuh ke atas bantuan kerajaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam bahagian perusahaan milik kerajaan dalam bab persaingan,

> cadangan monopoli yang lebih panjang ke atas ubatan dalam bab harta intelektual,

> cadangan campur tangan dalam subsidi kerajaan ke atas ubatan supaya kerajaan perlu membayar lebih (sebagai tambahan kepada harga yang tinggi yang lebih lama akibat daripada bab harta intelektual) melalui lampiran bab ketelusan,

> mungkin sekatan ke atas kerajaan Malaysia menetapkan royalti maksimum bahawa syarikat Malaysia perlu membayar kepada pelabur asing untuk menggunakan teknologi melalui lesen sukarela dalam bab pelaburan, dengan memastikan peningkatan kos pengeluaran yang akan menjejaskan syarikat tempatan seperti Proton dan pengeluaran ubat generik Malaysia,

> cadangan meningkatkan ancaman kepada privasi melalui bab perdagangan elektronik.

Kos yang serius ini tidak diatasi oleh peningkatan pasaran bebas tarif untuk eksport Malaysia, sepertimana kajian UNCTAD di atas menunjukkan bahawa imbangan perdagangan barangan Malaysia akan menjadi semakin buruk di bawah TPPA. Kabinet Malaysia memutuskan untuk tidak menandatangani USFTA-Malaysia pada 2007 memandangkan dilaporkan terdapat 58 bidang yang tidak dipersetujui. [17] Memandangkan TPPA lebih buruk berbanding USFTA-Malaysia dan tidak akan mempunyai manfaat daripada bab barangan, dan Malaysia masih perlu mampu untuk: menyediakan tindakan afirmatif untuk Bumiputra dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia dan GLC Malaysia, menggunakan kawalan modal dalam masa krisis kewangan dan mempunyai ubatan yang mampu dibeli oleh pesakit dan seterusnya, kita gagal untuk memahami kenapa tiba-tiba OK bagi Malaysia untuk bersetuju kepada TPPA.

Kami telah berulang kali memberi amaran bahawa TPPA adalah perjanjian yang buruk bagi Malaysia. Daripada Malaysia menarik diri daripada rundingan TPPA ini, ia kelihatan seperti menyerah. Kami mengulangi gesaan supaya Malaysia menarik diri dengan segera daripada rundingan TPPA. Jika ia tidak berbuat demikian, memandangkan YAB Dato’ Sri berkata komitmen Malaysia dalam TPPA mestilah disahkan oleh Dewan Rakyat, [18] untuk lebih bermakna:

> Teks penuh TPPA mestilah didedahkan kepada orang ramai dengan cukup masa untuk analisis lengkap sebelum Malaysia menandatanganinya;

> Perbahasan menyeluruh dengan maklumat penuh mestilah diadakan di Parlimen Malaysia; dan

> Sekiranya terdapat undian, ahli Parlimen Malaysia mestilah diberikan kebebasan untuk mengundi TPPA tanpa dipengaruhi oleh parti.

Kami berharap kebimbangan yang dikemukakan di atas mendapat pertimbangan serius. Bagaimanapun, kerana potensi kesan sampingan TPPA, kerajaan Malaysia mestilah menarik diri daripada seluruh rundingan dan tidak menandatangani TPPA.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang



sk. Menteri Kabinet



[1] http://english.astroawani.com/news/show/najib-tpp-negotiations-enter-final-phase-early-next-year-48139

[2] http://www.ustr.gov/about-us/press-office/press-releases/2014/November/Trans-Pacific-Partnership-Trade-Ministers-Report-to-Leaders

[3] http://www.globalpost.com/dispatch/news/kyodo-news-international/141112/tpp-working-level-talks-planned-early-next-month-sourc

[4] http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=983775

[5] http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a1613ac2-c0a81573-5c5766b1-c251fee7

[6] http://unctad.org/en/PublicationsLibrary/ecidc2014misc1_bp12.pdf

[7] http://www.twnside.org.sg/title2/FTAs/General/TPP&USCongress-withoutFastTrackAuthority_21%20Nov2013.doc

[8] Washington Trade Daily, Volume 23, Numbers 202 and 203 Friday and Monday, October 10 and 13, 2014

[9] http://Washington Trade Daily, Volume 23, Numbers 202 and 203 Friday and Monday, October 10 and 13, 2014

[10] http://www.citizenstrade.org/ctc/wp-content/uploads/2012/06/tppinvestment.pdf

[11] http://www.iisd.org/itn/wp-content/uploads/2014/09/iisd_itn_yukos_sept_2014_1.pdf

[12] http://digitalcommons.osgoode.yorku.ca/cgi/viewcontent.cgi?article=1036&context=ohlj

[13] http://www.citizen.org/documents/gtw-chevron-release.pdf

[14] http://www.hcourt.gov.au/assets/publications/speeches/current-justices/frenchcj/frenchcj09jul14.pdf

[15] http://www.globalarbitrationreview.com/cdn/files/gar/articles/AGs_Opening_Speech_ICCA_Congress_2012.pdf

[16] http://tppnocertification.org/wp-content/uploads/2014/08/Certification-memorandum.pdf

[17] http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2007%2f3%2f18%2fnation%2f17180134&sec=nation

[18] http://english.astroawani.com/news/show/najib-tpp-negotiations-enter-final-phase-early-next-year-48139?cp



Kenyataan akhbar, 19 Nov 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt