Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Baiki Segera Jalan Rosak – CAP

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Pejabat Daerah Kuala Muda dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah menyiasat dan mengambil tindakan segera membaiki jalan yang rosak teruk di Kampung Bukit Kecil dan Kampung Sungai Yu daerah Kota Kuala Muda di sini.

Jalan sejauh 3km menghubungi kedua-dua kampong tersebut mengalami keadaan itu sejak lima tahun yang lalu dan kini semakin serius di hadapi oleh lebih 500 penduduk di kawasan berkenaan.

 

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati permukaan jalan ini telah pecah dan berlopak menyebabkan air bertakung ketika hujan dan amat merbahaya kepada para pengguna yang melalui jalan tersebut.

Jalan ini bukan saja menjadi laluan utama dan penting kepada petani-petani yang mengerjakan sawah di kawasan berkenaan tetapi juga digunakan oleh pelajar-pelajar yang berulang-alik ke sekolah setiap hari.

CAP bimbang dan kesal dengan masalah tersebut walau pun sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan. CAP percaya jika keadaan itu dibiarkan penduduk-penduduk yang terlibat akan menghadapi berbagai kesulitan ketika menjalankan aktiviti harian mereka pada masa akan datang.

CAP mencadangkan supaya jalan yang menghubungkan Kampung Sungai Kecil dan Sungai Yu di sini dibina lebih tinggi agar jalan tersebut tidak mudah mendap dan ditakungi air ketika hujan.

Dalam masa terdekat CAP akan menghantar surat resmi kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, kerajaan negeri Kedah dan jabatan yang terlibat meminta perkara ini diberi perhatian serius dan diambil tindakan segera bagi mengatasinya.

Kenyataan Media, 29hb September 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt