Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Laporan Buruh Paksa dalam Industri Elektronik Malaysia: CAP Gesa Kerajaan untuk Menyiasat dan Segera Selesaikan Masalah

CAP menggesa Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkuasa berkenaan untuk mengesahkan laporan baru-baru ini mengenai kerja paksa dalam industri elektronik di Malaysia. Satu kajian oleh Verité, sebuah pertubuhan bukan keuntungan, mendapati hampir satu dalam tiga pekerja dari tujuh buah negara yang dikaji telah bekerja dalam keadaan buruh paksa.

Industri elektrik dan elektronik adalah sektor utama dalam sektor perkilangan Malaysia, menyumbang 27.2% pekerjaan pada tahun 2013. Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan di Malaysia pada tahun 2013 adalah 2,214,800 atau 16.8% daripada sejumlah 13.21 juta pekerja.

Verité telah menemuramah 501 pekerja asing lelaki dan wanita termasuk pekerja Malaysia yang bekerja di semua kawasan-kawasan pengeluar utama produk elektronik. Kajian telah mendapati bahawa 28% daripada semua pekerja dalam sampel kajian ini didapati berkerja dalam keadaan buruh paksa. Kadar buruh paksa di kalangan hanya pekerja asing adalah lebih tinggi iaitu pada 32%.

CAP juga pernah membantu pekerja-pekerja asing apabila menemui kes-kes pelanggaran hak asasi pekerja asing yang melibatkan sektor pembuatan, perladangan dan restoran. Laporan Verité menunjukkan bahawa situasi beratus-ratus ribu pekerja elektronik asing di Malaysia mempunyai potensi untuk menimbulkan isu kerja paksa, dan tindakan segera perlu diambil untuk menamatkan eksploitasi ini.

Banyak pekerja elektronik di Malaysia adalah diambil kerja melalui agent pekerjaan pihak ketiga. Laporan Verité menyatakan bahawa pekerja dalam kajian yang telah diambil kerja oleh agent-agent pekerjaan pihak ketiga didapati lebih terdedah kepada keadaan buruh paksa berbanding pekerja yang diupah secara langsung. Menurut kajian itu, kebergantungan yang meluas kepada agent pihak ketiga untuk merekrut, mengurus dan mengambil pekerja asing menghadkan perlindungan mereka dan mengaburkan akauntabiliti terhadap keadaan buruh.

Faktor-faktor utama lain yang dikenal pasti oleh penyelidikan sebagai penyumbang kepada buruh paksa termasuk: agent-agent memegang pasport pekerja dan perkara ini menyalahi undang-undang, yuran pengambilan yang tinggi dan tersembunyi yang mengakibatkan pekerja berhutang banyak dan ini boleh memerangkap pekerja dalam pekerjaan mereka, amalan menipu semasa mengambil pekerja, kekangan kebebasan pergerakan, keadaan hidup miskin, denda dan penalti lain yang menghalang pekerja daripada meletak jawatan, dan perlindungan undang-undang yang tidak mencukupi.

CAP menggesa kerajaan dan syarikat-syarikat untuk menggunakan penemuan ini untuk mengambil tindakan konkrit untuk menamatkan penyalahgunaan dan eksploitasi pekerja asing. Kami menyokong seruan bahawa agent pekerjaan pihak ketiga perlu dikawal selia oleh kerajaan dan mereka mesti dipertanggungjawabkan.

Kenyataan Akhbar, 3 Oktober 2014


Nota:

Laporan penuh boleh dimuat turun dari: http://www.verite.org/sites/default/files/images/VeriteForcedLaborMalaysianElectronics2014.pdf

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt