Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP: Jangan Terima TPP di Singapura

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak berkompromi dalam mesyuarat peringkat menteri untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan dari 12 negara terlibat bermesyuarat di Singapura selama empat hari untuk melengkapkannya seberapa yang boleh.

Sikap tergesa-gesa itu tidak masuk akal apabila Datuk Seri Mustapa mengumumkan bahawa teks TPPA yang sedang dirundingkan pada masa ini akan ‘disiarkan’ untuk pemeriksaan lebih lanjut dan debat awam SELEPAS ia dimuktamadkan sebelum Malaysia menandatanganinya.

Datuk Seri Mustapa dilaporkan berkata “Apabila semua perkara dipersatujui, teks itu akan didedahkan untuk kajian analisis kos manfaat (CBA), serta untuk penelitian dan pemeriksaan awam.” (The Sun, 21 Februari 2014)

Menteri itu menjelaskan bahawa langkah itu sebagai “tidak pernah berlaku dahulu di Malaysia”, tetapi menunjukkan kepada rakyat Malaysia apa yang sudah pun dipersetujui terhadap perkara yang tiga tahun lalu menjadi rahsia, meskipun penyelidikan dari negara TPPA yang berbeza menunjukkan lebih banyak kesan negatif, tidak boleh menjadi cara perjanjian yang begitu penting digubal. Dari beberapa bab yang dibocorkan adalah jelas bahawa terdapat perbezaan yang serius antara beberapa negara membangun dan kedudukan yang diketuai oleh AS. Tekanan ke atas menteri untuk memuktamadkannya seberapa yang boleh di Singapura bermakna menerima lebih banyak kompromi yang bertentangan dengan kepentingan Malaysia.

Adalah jelas juga bahawa kini Kongres Amerika Syarikat tidak akan memberikan Pentadbiran Obama kuasa ‘fast track” untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan itu. Tanpa “fast track”, seorang ahli Kongres AS sekalipun boleh membuka semula teks TPPA dan mendesak kewajipan tambahan bagi Malaysia untuk disesuaikan dengan semua kepentingan AS. Tanpa “fast track” juga bermakna sebarang perlindungan atau kefleksibelan Malaysia yang mungkin perolehi dalam teks yang ditandatangani mungkin tidak dapat melepasi Kongres dan begitu juga bagi sebarang ‘manfaat’ Malaysia mungkin perolehi dari perunding AS.

MITI pada 20 Februari dilaporkan berkata rumusan rundingan akan bergantung kepada Pentadbiran Obama untuk mendapatkan kuasa “fast track”. Sudah pasti ini tidak akan berlaku pada tahun ini.

Jadi inilah masanya untuk menarik diri dan tidak membazirkan wang dan masa untuk meneruskan rundingan ini. Lebih malang lagi, setiap langkah yang dikompromi untuk melengkapkan TPPA akan menarik Malaysia lebih jauh ke dalam perangkap TPPA.

Untuk berkata teksnya akan didedahkan kepada umum selepas dimuktamadkan apabila Malaysia dan negara lain (kecuali AS) tidak lagi dapat membuat perubahan tidak dapat diterima sama sekali.

Siaran Akhbar - 22 Februari 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt