Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Terhenti Lagi, Penumpang Jadi Mangsa

Pengendali feri Pulau Pinang perlu dipertanggungjawabkan terhadap gangguan berulang kali perkhidmatan feri, terbaharu ialah pada 14 Oktober 2020. Feri yang penuh dengan muatan penumpang yang tiba dari Butterworth ke Pulau Pinang tidak dapat berlabuh seperti yang diberitahu bahawa feri yang sepatutnya berlepas tidak dapat berbuat demikian apabila tanjakan di terminal tidak berfungsi.

Lebih mengecewakan kepada ramai penumpang feri ialah mereka diberitahu bahawa tanjakan feri itu rosak ketika waktu puncak pada pagi ini. Feri yang dipenuhi penumpang itu terpaksa berpatah balik ke Butterworth dan menunggu bas Rapid untuk mengangkut penumpang ke destinasi mereka.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa hairan kenapa hanya satu tanjakan yang berfungsi bukan dua. Sebarang kerosakan tanjakan yang ada sudah pasti mengakibatkan pelbagai masalah. Kenapa pengendali feri tidak memastikan semua tanjakan dalam keadaan baik memandangkan mereka seharusnya menyedari akan kesannya jika berlaku sebarang kerosakan?

Ramai daripada penumpang feri ini dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan akibat daripada pengendali feri yang tidak cekap, ramai daripada mereka terpaksa mengambil cuti kecemasan yang menyebabkan rasa tidak senang pihak majikan mereka dan sesetengahnya mungkin diberikan surat amaran. Selain itu, produktiviti akan jatuh dan menyusahkan majikan yang terpaksa menjadualkan semula tugasan pekerja mereka.


Kenyataan Akhbar, Oktober 2020

alt

alt

alt

alt

alt