Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pihak Berkuasa Perlu Kekalkan Perkhidmatan Feri Semasa Menaik Taraf Terminal Feri Secara Berperingkat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman Menteri Pengangkutan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak akan digantung sepertimana yang dirancang lebih awal selama tiga bulan bermula 1 September untuk kerja-kerja menaik taraf di terminal feri.

Menggantikan feri semasa dengan twin-hulled catamarans sebagai satu langkah baru-baru ini memandangkan catamarans diketahui sebagai cekap tenaga.

Perkhidmatan feri perlu diteruskan, tidak terganggu; hanya menutup tempat feri berlabuh di terminal di mana kerja menaik taraf dijalankan sementara tempat berlabuh lain yang tidak terjejas boleh terus beroperasi. Ini akan mengurangkan kesukaran kepada penumpang.

Alasan bagi gesaan kami supaya diteruskan perkhidmatan feri ketika kerja menaik taraf kerana kapasiti maksimum feri ialah 300 penumpang manakala bas hanya boleh membawa maksimum 49 orang dan ini akan menimbulkan masalah ketika waktu puncak. Ia akan mengambil kira-kira lima perjalanan bas untuk mengangkut penumpang berbanding satu perjalanan feri dengan andaian tiada penjarakkan sosial.

Jika perkhidmatan feri Pulau Pinang perlu digantung bagi kerja menaik taraf, pihak berkuasa berkaitan perlu mengumumkan pelan pengangkutan alternatif supaya pengguna feri boleh merancang masa perjalanan mereka. Ini penting terutamanya bagi penumpang pejalan kaki yang akan ke tempat kerja atau mendapatkan pengangkutan lain.

Dengan pergantungan perkhidmatan feri, kita boleh menjangkakan lebih banyak lalu lintas menuju ke jambatan dan di sini juga seharusnya terdapat pelan bagi keadaan yang tidak dijangka seperti kemalangan atau kesesakan. Maklumat lalu lintas yang dikemaskini juga mestilah mudah dicapai bagi mereka untuk merancang perjalanan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Catamarans dicadangkan bagi menggantikan feri semasa dan kami berharap mereka yang terlibat dalam penyelenggaraan ini termasuk penyelenggaraan pencegahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka dan melatih kakitangan baharu bagi menggantikan mereka yang bersara atau berhenti.

Kami juga menggesa kerajaan supaya mengekalkan feri Pulau Pinang yang menjadi ikonik itu. Kerajaan Negeri tidak boleh membiarkan feri Pulau Pinang yang menjadi ikonik itu yang merupakan perkhidmatan feri tertua di negara ini pudar menjadi sejarah. Kekalkan sekurang-kurangnya dua feri untuk membantu mempromosikan imej negeri. Perkhidmatan feri yang bermula pada 1894 berkait rapat dengan warisan Pulau Pinang. Ia hampir seusia dengan Hong Kong Star Ferry yang bermula 14 tahun lebih awal. Penduduk Hong Kong amat berbangga dengan feri mereka dan mempromosikannya dengan secara meluas sementara pihak berkuasa kita melihatnya sebagai liabiliti.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya cuba untuk mengekalkan perkhidmatan feri sementara kerja menaik taraf berjalan. Penting untuk menjadikan pelan pengangkutan alternatif mereka bagi penumpang awam feri untuk membolehkan menjadualkan masa perjalanan mereka. Terdapat juga keperluan untuk mengekalkan feri yang bersejarah itu malah jika kerajaan mahu memperkenalkan catamarans.

 

Kenyataan Akhbar, 9 September 2020

alt

alt

alt

alt

alt