Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Majoriti Tidak Semestinya Selalu Betul

KEZALIMAN MAJORITI merupakan masalah dalam demokrasi. Adakah majoriti mendengar kata minoriti yang haknya diinjak-injak? Adakah anda mengharapkan minoriti sekadar berdiam diri dan menerima apa yang dinamakan gerakan ke arah kemajuan sedangkan mata pencarian nelayan dimusnahkan atau terjejas seperti projek penambakan laut Pulau Pinang? Apakah anda mengira minoriti di Malaysia atau di mana jua cuma berdiam diri dan menerima apa saja yang diberikan oleh majoriti? Mungkin satu pihak sedang berkuasa sekarang (dan oleh itu adalah majoriti) tetapi jika suatu hari nanti ianya pihak pembangkang, adakah anda akan berdiam diri demi majoriti? Jika majoriti sedang memusnahkan alam sekitar melalui perubahan iklim, adakah anda akan berdiam diri? Jika majoriti bersikap rasis di Amerika, adakah minoriti kulit hitam dan kulit berwarna membuat bantahan? Pandangan majoriti tidak semestinya bermakna mereka selalu betul, atau minoriti sememangnya salah dan menerima pandangan majoriti. Minoriti juga mempunyai hak!

alt

alt

alt

alt

alt