Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Mengutuk Institusi Yang Menutup Mata Kepada Kemiskinan dan Gesaan RCI Disegerakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gembira apabila Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang menyokong gesaan CAP pada 3 September 2019 supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani skandal kemiskinan yang didedahkan oleh Pelapor Khas PBB berhubung kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Profesor Philip Alston.

Sejak Profesor Alston mendedahkan kadar kemiskinan kita amat mengejutkan iaitu 15% atau lebih tinggi, maklumat yang muncul dalam media awam bahawa isu ini telah dikemukakan beberapa kali pada masa lalu oleh pelbagai pakar dasar. Ini termasuklah kajian pada Februari 2018 yang diterbitkan oleh UNICEF dan DM Analytics yang mendapati hampir semua kanak-kanak yang tinggal di flat kos rendah di Kuala Lumpur berada dalam kemiskinan dan tujuh peratus adalah kemiskinan mutlak. Petikan kajian UNICEF:

“Sementara kadar kemiskinan negara kurang daripada satu peratus, dan hampir dibasmikan di Kuala Lumpur, malangnya indikator ini menjadi topeng kandungan maklumat yang banyak mengenai kajian kes empirikal berdasarkan realiti situasi di lapangan. Sementara Kuala Lumpur mempunyai pendapatan per kapita sama dengan negara maju, kanak-kanak yang tinggal di flat kos rendah tidak berada dalam keadaan yang baik. Kajian mendapati kira-kira 22 peratus kanak-kanak di bawah usia lima tahun terencat. 15 peratus kurang berat badan dan 23 peratus berat berlebihan atau obes.”

Kenyataan Bank Dunia baru-baru ini, mendedahkan bahawa Profesor Martin Ravallion, sarjana kemiskinan terkemuka dan bekas pegawai Bank Dunia, telah memberikan amaran mengenai data pengukuran kemiskinan yang dipersoalkan yang digunakan oleh kerajaan. Penting untuk dinyatakan bahawa pemerhatian itu yang dibuat ketika beliau memegang Kerusi Kajian Kemiskinan Profesor Diraja Ungku Aziz di Universiti Malaya (UM).

Dalam kenyataannya, YB Lim Kit Siang menyenaraikan pelbagai pakar, institusi dan ahli parlimen seperti YB Nurul Izzah, YB Charles Santiago, Profesor Ragayah Haji Mat Zain dan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang telah menimbulkan isu ini beberapa kali di masa lalu.

CAP amat terkejut oleh pemerhatian ini kerana ia menunjukkan walaupun gesaan oleh pakar yang berkredibiliti dari Malaysia dan antarabangsa untuk menangani isu serius ini, gesaan mereka tidak didengar sepertimana disaksikan oleh maklum balas daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kepada kenyataan Profesor Alston pada minggu lepas. Nampaknya Kerajaan tidak sedar bahawa skandal kemiskinan di tangan mereka.

Apa yang didedahkan itu ialah masalahnya bukanlah sekadar pengukuran kemiskinan, tetapi mengenai institusi dalam kerajaan yang menutup mata untuk mengakuinya dan menangani isu kemiskinan kita.

Apakah yang menyebabkan institusi ini menutup mata? Kenapakah pengubal dasar ini tidak mendengar pandangan pakar berkaitan, apa lagi suara orang miskin? Ia adakah ketidakmampuan birokrasi atau kegagalan pentadbiran struktural? Adakah ia hasil campurtangan politik atau penguasaan elit yang menyebabkan peminggiran komuniti tertentu yang mudah terjejas? Atau adakah institusi ini rasis? Persoalan ini perlu ditangani dan dijawab secara komprehensif.

Apa yang membimbangkan, institusi sama yang menutup mata ini menggubal dasar, program dan belanjawan untuk membelanjakan dana awam bagi pembangunan. Pada ketika ini mereka sedang sibuk merancang Rancangan Malaysia Ke-12. Bagaimana orang ramai boleh diyakinkan bahawa dasar ini digubal berdasarkan pemahaman kemiskinan dan hasil pembangunan yang tepat? Bagaimana kita boleh memastikan bahawa komuniti terpinggir di Sabah dan Sarawak, atau Orang Asli atau penduduk yang diusir oleh projek pembangunan hartanah, atau ahli kumpulan B40 yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup atau belia-belia kita dalam ekonomi pekerjaan diambilkira dan menjadikan dasar awam yang benar-benar membawa manfaat nyata?

CAP sekali lagi mengulangi perkara ini perlu disegerakan dan menggesa sekali lagi ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Penting untuk memastikan bahawa komposisi RCI adalah terdiri daripada pakar yang berkredibiliti dengan kepakaran praktikal dan akademik. Mereka seharusnya jangan kitar semula bekas teknokrat dan sebagai ganti mendapatkan pandangan pengamal dan sarjana kemiskinan yang muda dan baharu yang mempunyai wawasan. Mereka juga mestilah terdiri daripada ahli NGO dengan pemahaman praktikal yang banyak dan meluas yang terlibat dengan komuniti miskin, ahli akademik terkemuka dengan latar belakang bukan hanya dalam ekonomi tetapi juga bidang sains sosial lain dan pakar berpengalaman di peringkat antarabangsa daripada pelbagai pertubuhan seperti Bank Dunia dan PBB.

Memandangkan isu ini amat mendesak kerana ia memberi kesan kepada cara peruntukan dan dasar yang digubal dalam belanjawan kerajaan, dengan kesan yang serius kepada golongan miskin di lapangan, CAP sekali lagi menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal ini dengan tiga objektif utama:

1. Untuk mewujudkan gambaran kemiskinan yang lebih tepat di Malaysia

2. Untuk mengenal pasti kelemahan dalam mengubal dasar membasmi kemiskinan dan pembangunan berkesan

3. Untuk menyarankan pembaharuan segera terhadap sistem penyampaian kerajaan untuk memastikan kemiskinan diberikan tumpuan, disokong oleh tangka kerja governan tampatan yang kukuh dan konsisten dengan visi kerajaan mengenai Kemakmuran Bersama.

 

Kenyataan Akhbar, 12 September 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt