Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Gesa Kerajaan Jangan Tandatangan Perjanjian TPP yang Disemak Semula

Menurut laporan berita, 11 negara yang bersetuju kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa Amerika Syarikat, kini telah memuktamadkan rundingan untuk menandatangani perjanjian yang hampir sama dengan TPPA. Malaysia merupakan salah sebuah negara itu.

Namun demikian, rakyat Malaysia masih tidak mengetahui mengenai rundingan dan perjanjian terbaharu ini.

Menurut laporan berita, perjanjian baharu ini yang dikenali sebagai CPTPP, adalah hampir sama dengan TPP, kecuali bagi beberapa perubahan kecil.

Ini merupakan satu berita buruk memandangkan TPPA mempunyai kesan buruk ke atas ekonomi dan masyarakat Malaysia. Perjanjian baharu ini akan menjadi lebih buruk kerana tiada manfaat dari penjualan lebih banyak eksport ke Amerika Syarikat.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian baharu itu. CAP juga menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian baharu itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia.

Sejak Presiden Trump menyatakan Amerika Syarikat (AS) tidak akan meratifikasikan Perkongsian Trans Pasifik (TPP) apabila beliau mengambilalih jawatan setahun lalu, 11 negara TPP cuba untuk mencari jalan menghidupkan kembali TPP tanpa Amerika Syarikat.

Kelmarin di Tokyo, 11 negara TPP (termasuk Malaysia) memuktamadkan rundingan terhadap apa yang kini dipanggil ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Selain dari menukar nama untuk menjadikan ia kelihatan berbeza dan lebih baik, CPTPP mengekalkan semua peraturan TPP yang dikenakan oleh AS kecuali bagi beberapa perubahan kecil yang diperolehi oleh Kanada dan pergantungan pelaksanaan beberapa peruntukan sehingga AS menyertai semula TPP. Beberapa pindaan TPP yang diperolehi Kanada termasuklah perubahan kepada peraturan automotif dan pengecualian budayanya. Apakah perubahan kepada banyak peraturan TPP yang bermasalah yang diperolehi Malaysia (berbanding dengan pergantungan sementara peruntukan tertentu sehingga AS menyertai semula TPP?

Perdana Menteri Kanada sanggup untuk keluar daripada rundingan CPTPP di Vietnam pada 2017 untuk menunjukkan betapa seriusnya beliau untuk mendapatkan pindaan yang dikehendaki beliau untuk melindungi kepentingan negara Kanada. Kenapa Malaysia tidak mengambil pendirian sama yang tegas untuk mendesak ke atas pindaan yang diperlukan Malaysia?

20 peruntukan TPP yang digantung itu termasuklah beberapa peraturan harta intelektual yang bermasalah (seperti monopoli yang lebih panjang dan meluas ke atas ubatan dan perlindungan hakcipta yang lebih panjang), tetapi tidak yang lain seperti keperluan bagi Malaysia untuk menyertai UPOV91, perjanjian yang kajian mendapati petani perlu membayar empat kali lebih untuk biji benih, menghalang mereka menukar benih yang disimpan daripada hasil tuaian dan memerlukan Malaysia membuang perlindungan terhadap biopiracy daripada Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu. Malah peruntukan TPP yang telah digantung hanyalah sehingga AS menyertai semula TPP, jadi ia bukanlah perlindungan yang berkesan.

Sementara itu, peruntukan TPP lain kekal dalam CPTPP dan membenarkan AS untuk bebas menggunakannya. Dengan itu syarikat AS boleh menikmati manfaat tanpa AS menyerahkan apa pun (contohnya tarif rendah ke atas eksport Malaysia ke AS). Ini bermakna dalam CPTPP, Malaysia yang perlu menanggung kos TPP tanpa manfaat utama iaitu peningkatan eksport ke AS. Adakah kerajaan Malaysia telah melakukan analisis manfaat kos baharu CPTPP dan apakah hasilnya?

Proses CPTPP ini lebih rahsia berbanding rundingan TPP yang asal (amat berahsia dan tidak bertanggungjawab). Hanya satu-satunya notis pusingan akhir CPTPP ialah pada hari Jumaat, 19 Januari waktu Kanada dalam artikel berita Kanada sebelum rundingan bermula pada hari Isnin berikutnya (22 Januari) di Jepun. [1] Ini membenarkan perunding CPTPP memutuskan tanpa rundingan dengan rakyat Malaysia yang akan terjejas (yang akan berdepan dengan kos dalam bentuk peningkatan kehilangan kerja dan kos sara hidup yang lebih tinggi dan sebagainya) tentang peruntukan TPP teruk yang mana yang akan digantung. Pada akhirnya, perunding memutuskan bahawa tiada peruntukan akan dipadamkan secara kekal walaupun semuanya bermasalah dengan peraturan yang dikenakan AS ke atas TPP.

Setahun selepas Presiden Trump menyatakan AS tidak akan meratifikasikan TPP, Dato’ Sri Mustapa Mohamed berjanji dalam siaran media MITI bahawa ‘Dalam negara, MITI dan semua Kementerian berkaitan akan berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka berhubung perkembangan terbaharu TPP dan masa depan’. [2] Kami telah menunggu selama setahun dan rundingan CPTPP sudah pun dimuktamadkan dan tiada seorangpun daripada kami dirundingi mengenainya. Kami tidak maklum tentang satu pun rundingan dengan masyarakat sivil atau rundingan sistematik dengan sektor swasta Malaysia yang bakal terjejas oleh keputusan sedemikian. Sehubungan dengan ini, Menteri MITI telah memungkiri janjinya kepada orang ramai.

Teks CPTPP mestilah diterbitkan dengan segera supaya rakyat Malaysia sekurang-kurangnya boleh melihat apakah yang sudah dipersetujui sebelum ia ditandatangani. Malah teks asal TPP diterbitkan sebelum penelitian perundangan dan sebelum ia diterjemahkan (dan sekali lagi selepas itu). CPTPP sudah pun diteliti secara perundangan menurut kerajaan Singapura, [3] jadi tiada alasan untuk tidak menyiarkan teks itu.

CAP menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani CPTPP seperti yang dirancangkan pada 8 Mac 2018 di Chile. Ini kerana: (1) kurangnya rundingan sepenuhnya berhubung CPTPP, (2) kegagalan untuk menyiarkan teks CPTPP, (3) kegagalan untuk melakukan analisis manfaat kos CPTPP, dan (4) laporan berita bahawa semua peruntukan bermasalah daripada TPP masih ada dalam CPTPP (hanya beberapa sahaja daripadanya yang digantung sementara).

CAP percaya adalah tidak bijak dan tidak wajar bagi kerajaan untuk menandatangani perjanjian yang mewajibkan Malaysia untuk terikat dengan kewajipan untuk mengubah undang-undang dan banyak dasar sosio ekonomi yang mempunyai kesan sampingan ke atas masyarakat dan orang awam malah amat sedikit manfaatnya kepada rakyat Malaysia. Setakat ini kerajaan tidak menjelaskan dengan cara yang lebih lengkap kenapa ia memilih untuk mengambil langkah yang tidak rasional ini.

[1] http://nationalpost.com/news/politics/canada-to-attend-first-trans-pacific-partnership-meeting-since-trudeaus-apec-no-show

[2] http://www.miti.gov.my/miti/resources/Media_Release_-_Response_to_the_US_Withdrawal_from_the_TPPA.pdf

[3] https://www.mti.gov.sg/NewsRoom/SiteAssets/Pages/Conclusion-of-Negotiations-on-the-Comprehensive-and-Progressive-Agreement-for-Trans-Pacific-Partnership/Press%20Release%20on%20conclusion%20of%20CPTPP%20(Final)%20(002).pdf

Siaran Akhbar, 25 Januari 2018

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt