Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tembakau – Ancaman Kepada Pembangunan

Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang akan disambut pada 31 Mei bertemakan Tembakau – Ancaman Kepada Pembangunanamat bertepatan sekali memandangkan penggunaan tembakau mendedahkan pelbagai masalah kepada pembangunan di negara ini. Malaysia tidak terkecuali memandangkan penggunaan tembakau menyebabkan kos kepada ekonomi dan pelbagai masalah sosial sejak berdekad yang lalu apabila banyak wang yang terpaksa dibelanjakan itu boleh digunakan untuk pembangunan.

Untuk memahami mitos dan salah anggapan bahawa kita telah disogok oleh industri tmbakau, kita perlu melihat kembali sejarah untuk memahami masa kini dan masa depan.

Bertentangan dengan apa yang dipercayai, penanaman tembakau memerlukan subsidi yang besar daripada industri. Kos penanaman yang meningkat menjadikan daun tembakau tempatan meningkat, contohnya pada 1982, harga tembakau domestik yang dihasilkan ialah RM68.25 sekilo berbanding dengan nilai RM18.25 sekilo bagi Kos, Insurans, Kargo (C.I.F.) bagi tembakau import.

Industri ini dikehendaki oleh kerajaan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan daun tempatan dalam produk tembakau mereka. Oleh itu, industri perlu mencampurkan daun tempatan dengan daun import. Walaupun terdapat peraturan ini, pengeluaran tembakau tempatan tidak pernah mencukupi.

Sejak 1990-an, kerajaan cuba untuk memastikan petani tempatan berubah kepada tanaman yang lebih berpotensi yang dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Sejak 2004, penanaman kenaf telah meningkat daripada kurang 1 hektar kepada 2,274 hektar pada 2015. Bilangan penanam kenaf juga meningkat daripada satu kepada 880 dalam tempoh yang sama.

Pada 2010, Lembaga Tembakau Negara dinamakan semula sebagai Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara. Jika penanam tembakau mampu untuk menghasilkan 50,000 tan serat kenaf untuk eksport setiap tahun, ia bernilai kira-kira RM15 bilion.

Pendirian liberal Malaysia sejak awal lagi telah membawa begitu banyak kerugian ekonomi dan sosial. Langkah pertama kawalan tembakau di Malaysia bermula pada 1996 apabila syarikat penerbangan Malaysia mengenakan pengharaman merokok dalam penerbangan.

Sementara itu, bilangan perokok semakin meningkat. Pada 2015, adalah dianggarkan terdapat 4.99 juta perokok dewasa di negara ini, merokok 91 juta batang rokok sehari. Terdapat 2.67 juta belia berusia antara 13 dan 15 tahun yang merokok pada 2009. Jika mereka semua merokok sekotak 20 batang, rakyat Malaysia telah merokok 4.6 juta batang rokok sehari! Bayangkan kos untuk bajet keluarga mereka serta kepada negara.

Industri ini dilihat sebagai berperanan penting dalam “meningkatkan status sosio-ekonomi penduduk luar bandar terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis” oleh kerajaan. Oleh itu Lembaga Tembakau Negera ditubuhkan di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1973.

Berdasarkan perangkaan 2015, adalah dianggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun dan jika kita mengandaikan bahawa setiap mangsa mempunyai tiga ahli dalam keluarga, 60,000 nyawa terjejas. Mereka kehilangan pencari nafkah. Purata perbelanjaan rokok bagi setiap perokok ialah RM178.8 sebulan yang mana wang ini lebih baik dibelanjakan untuk keluarga.

Bagaimanapun, kita mestilah memikirkan mengenai tempat kerja mangsa yang akan mengalami kerugian yang tidak terhingga dalam bentuk:

  • Kehilangan masa bekerja apabila mereka terpaksa berhenti untuk merokok dan cuti sakit yang akan menjejaskan jadual kerja.
  • Kos perubatan. Menurut kajian pada 2003-2005, dianggarkan kos merawat tiga penyakit biasa berkaitan tembakau (kanser paru-paru, penyakit jantung iskemik dan penyakit halangan pulmonari kronik (COPD) adalah RM2.92 bilion. Ia juga menunjukkan bahawa penyakit berkaitan tembakau menggunakan antara 6 dan 15% jumlah kos penjagaan kesihatan negara.

Bagi kerajaan, ia kehilangan tenaga manusia, subsidi perubatan (jika seseorang itu ke klinik awam atau hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan), dan sumbangan kepada ekonomi.

Dengan kawalan tembakau yang lebih ketat, syarikat cuba mengelak sekatan dengan memperkenalkan rokok elektronik (atau e-rokok) dan berpotensi mendapat pasaran yang besar.

Walaupun penyokong berhujah bahawa e-rokok membantu perokok berhenti merokok, ia juga menggalakkan mereka untuk merokok menggunakan peranti ini dengan kepercayaan bahawa ia kurang berbahaya.

British American Tobacco (BAT) memulakan pengeluaran peranti itu pada 2013, melabelkannya sebagai Produk Generasi Akan Datang (NGPs). Industri ini meyakinkan golongan belia bahawa NGPs “kurang berbahaya” dalam usaha untuk menggantikan perokok yang telah mati dan memulakan ketagihan nikotina sekali lagi tetapi dalam bentuk yang berbeza.

Bertentangan dengan apa yang didakwa bahawa propylene glycol, bahan utama dalam e-cecair (cecair yang akan mengewap oleh peranti untuk disedut), disenaraikan sebagai Dikenal pasti pada umumnya sebagai selamat (GRAS) tetapi keracunan kepada pulmonari akibat pendedahan jangka panjang tidak diketahui. Menurut Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, ia menyatakan: “Tiada kajian kesan kesihatan pada manusia ditemui”.

Kita juga seharusnya menyedari bahawa bahan kimia lain digunakan dalam e-cecair dan kajian menunjukkan bahawa aerosol e-rokok juga mengandungi karsinogen seperti formaldehid dan acetaldehid. Logam berat seperti kadmium, nikel dan juga terdapat di dalamnya. Seperti yang sering ditegaskan oleh CAP, kita seharusnya meminimumkan atau menghapuskan pendedahan kepada bahan kimia toksik.

Bagi pihak kerajaan, ia seharusnya mengambil pendirian yang lebih tegas menentang penggunaan vape dengan mengharamkan sepenuhnya sebelum tabiat menagihkan dan kebimbangan kesihatan menjadi berakar umbi seperti penggunaan produk tembakau yang mengambil masa berdekad usaha bersepadu untuk mengurangkan penggunaannya.

Begitu juga dengan penggunaan tembakau lain seperti shisha dan tembakau tanpa asap perlu juga diharamkan kerana penggunaan tembakau terus menjadi penyebab penyakit utama terbesar dunia yang boleh dicegah dan membahayakan hampir setiap organ dalam tubuh.

Keluarga serta kerajaan yang akan memperoleh manfaat dengan wang yang dijimatkan daripada menahan diri daripada menggunakan tembakau. Memandangkan ramai perokok miskin, keluarga mereka mampu untuk berbelanja untuk makanan yang lebih baik dan keperluan lain dengan wang yang dijimatkan. Kos ekonomi dan sosial penyakit berkaitan tembakau semakin meningkat dan menelan kos berbilion ringgit setiap tahun yang mana ia boleh digunakan dengan lebih baik untuk pembinaan negara.


Fakta Perokok Malaysia

Bilangan Perokok Dewasa: 5 juta (2015)

Wabak perokok dewasa: 22.8% (2015)

Purata umur ketika mula merokok (perokok harian): 17.2 (2011)

Jumlah bilangan belia berumur 13-15 tahun yang merokok (pada 2009): 2.67 juta

Purata belia berumur 13-15 tahun yang merokok (pada 2009): 18.2%

Purata bilangan rokok yang dihisap setiap hari oleh perokok dewasa: 18.3 (2015)

Jumlah bilangan rokok yang dihisap oleh semua perokok dewasa setiap hari: 91.34 juta (2015)

Peratus wabak merokok lelaki: 43%

Peratus wabak merokok wanita: 1.4%

Peratus perokok semasa yang cuba untuk berhenti dalam tempoh 12 bulan lalu (2015):

Lelaki: 52.1%

Wanita: 59.2%

Purata perbelanjaan bulanan bagi rokok yang dikeluarkan dalam kalangan perokok berumur 15 tahun dan ke atas: RM178.8 (2011)

Kos penjagaan kesihatan berkaitan tembakau: RM2.92 bilion hanya untuk 3 penyakit berkaitan tembakau (2005)

Nota: Penggunaan tembakau terus menjadi penyebab penyakit utama terbesar dunia yang boleh dicegah dan membahayakan hampir setiap organ dalam tubuh.

Kematian tahunan utama disumbangkan oleh penyakit berkaitan tembakau: 20,000 (2015)

Sumber: The Tobacco Control Atlas, ASEAN Region, Edisi Ketiga (November 2016) diterbitkan oleh Southeast Asia Tobacco Control Alliance.


Kenyataan Akhbar, 30 Mei 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt