Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perlu Ketelusan Bagi Cadangan ‘Medical City’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang semakin banyak tanah awam dipindahkan kepada pihak swasta tanpa ketelusan dan pengetahuan awam.

Dalam kes terbaharu di Pulau Pinang, kami difahamkan bahawa tanah kerajaan Negeri seluas 6.4 hektar milik Ketua Menteri Diperbadankan di Peel Avenue dijual dengan harga RM156 juta dengan pajakan selama 99 tahun untuk pembinaan projek ‘Medical City’ bernilai RM2 bilion oleh sebuah hospital swasta.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan minggu lalu bahawa rundingan dengan hospital itu ditandatangani pada tahun lepas dan dirahsiakan memandangkan kerajaan Negeri mahu “menghormati untuk tidak mendedahkan perjanjian” memandangkan pelabur utama adalah warga asing dan sebagai sebahagian daripada syarikat tersenarai.

Kami merasa amat kecewa memandangkan butiran projek tidak diumumkan lebih awal, supaya orang ramai boleh memberikan maklum balas mereka. Amalan seumpama ini barulah selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan ketelusan yang didukung oleh kerajaan Negeri.

Memandangkan lokasi ‘Medical City’ yang dicadangkan itu, kami bimbang mengenai kesan sosial projek terhadap persekitarannya, juga berhubung dengan lalu lintas.

Kami juga bimbang dengan barisan pokok di sepanjang jalan Peel Avenue dan bimbang mengenai sebarang kemungkinan ia akan dipindahkan atau mungkin ditebang.

Berdasarkan kepada perkara di atas, kami menggesa kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan perkara berikut:

1. Penilaian kesan lalu lintas yang menyeluruh dilakukan dan didedahkan kepada orang ramai supaya maklum balas dapat diperolehi.

2. Menyediakan butiran lanjut bagaimana dengan nasib barisan pokok di jalan Peel Avenue.

3. Menyediakan butiran lanjut supaya orang ramai dapat menilai dengan sempurna apakah rancangan itu.

4. Memastikan pembangunan kemudahan penjagaan kesihatan benar-benar memberikan manfaat dan mampu untuk penduduk tempatan Pulau Pinang dan bukan hanya memenuhi keperluan warga asing.

Jika langkah ini diambil, maka ia akan meredakan kebimbangan yang ditimbulkan oleh projek ini.  Kami menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lebih telus dan membuat rundingan awam yang bermakna terhadap isu-isu berkepentingan awam seperti ini.

Surat Kepada Pengarang, 26 Mei 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt