Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Disiat Hidup-hidup Untuk Industri Fesyen Eksotik

Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah dengan sekeras-kerasnya eksploitasi hidupan liar untuk perdagangan kulit eksotik terutama sekali bagi industri fesyen mewah. Perdagangan haiwan eksotik dan kulit reptilia khususnya menjana beribu haiwan yang menjadi mangsa untuk memenuhi permintaan industri fesyen mewah.

Keputusan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli baru-baru ini untuk mengembangkan perdagangan kulit ular sawa ke pasaran Eropah sebaik sahaja pengharaman yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) ditarik balik, menunjukkan bahawa keuntungan kewangan mengatasi semua kebimbangan. Aspek menyedihkan sifat manusia yang menjadikan keuntungan kewangan jangka pendek menggantikan akal yang waras dan perancangan jangka panjang.

Perdagangan ular sawa menimbulkan kebimbangan seperti antara lain isu pemuliharaan hidupan liar, kelestarian, menyalahi undang-undang, rantaian perdagangan, dan kebajikan haiwan. Mendapat permintaan tinggi disebabkan oleh keunikan jalur dan corak pada kulitnya menjadikan spesies ini lebih berharga kepada mereka yang mana akan tiba masanya yang akan membawa kepada penggunaan yang tidak terkawal dan membawa kepada kepupusan.

Adakah ladang ular menjadi penyelesaian dalam menangani pasaran gelap bagi kulit ular sawa dan memulihara spesies – manakala pada masa yang sama menyediakan industri fesyen dengan kulit bertatahkan berlian mewah? Dengan peningkatan permintaan bagi aksesori kulit ulat sawa oleh industri fesyen Eropah, terdapat kebimbangan bahawa peningkatan permintaan akan meletakkan tekanan ke atas bilangan haiwan liar ini dan menyemarakkan lagi aktiviti licik. Di samping terdapat ketiadaan ketentuan dalam mengetahui sama ada kulit itu datang dari hasil ternakan atau diambil dari hidupan liar.

Sebaliknya, pembiakan dalam kurungan boleh dipersoalkan kerana ladang boleh bertindak sebagai barisan hadapan untuk mereka menangkap ular liar, kemudian memperdagangkan kulitnya sebagai pembiakan dalam kurungan. Selagi terdapat permintaan maka semestinya terdapat pembekal.

Perdagangan haram dalam kulit eksotik seperti semua hidupan liar lain – memberikan keuntungan yang tinggi, dengan usaha yang berisiko rendah. Terdapat wang yang mudah untuk dibuat tanpa terlalu bimbang akan ditangkap. Malah jika ular itu liar atau dibiakkan dalam kurungan terdapat cara lain untuk mengelakkan sistem perundangan sama ada melalui pemalsuan permit dan penipuan dokumen lain.

Langkah untuk reformasi oleh Jabatan Hidupan Liar – menangani kelestarian dan kebolehkesanan dan rangkaian haram mungkin baik tetapi ia tidak bermakna berbanding isu kebajikan haiwan.

SAM percaya bahawa tiada hidupan yang perlu dibunuh untuk sesuatu yang seremeh fesyen. Di sebalik aksesori fesyen mewah terletak kebenaran gelap. Tidak bertamadun, kejam, perut bergolak melihat kulit ular disiat hidup-hidup amat mengerikan. Ular biasanya disiat kulitnya hidup-hidup dengan kepercayaan bahawa menyiat hidup-hidup mengekalkan kelembutan kulit. Tambahan lagi, undang-undang untuk melindungi reptilia ini daripada penderaan seperti itu hampir tidak wujud.

Berkaitan sama ialah meningkatnya kebimbangan mengenai kesan perdagangan kulit reptilia terhadap spesies yang mudah terjejas dan ekosistem di mana ia tinggal. Pemuliharaan ular amat penting memandangkan peranan yang dimainkannya dalam lingkungan ekosistemnya. Jika dibenarkan ia lenyap daripada sawah padi, mangsanya akan menyebabkan kesan kemusnahan ke atas pengeluaran pertanian, jaminan keselamatan makanan, dan ekonomi negara.

Orang menjadi takut kepada haiwan yang menakjubkan ini, kerana reputasi negatifnya. Kini tiba masanya untuk mempertimbangkan kesengsaraan ular sawa batik, yang paling terkenal untuk pengeluaran kasut dan beg tangan dan terdapat kebimbangan ia tidak dapat menghadapinya dalam jangka panjang dengan pengambilan oleh perdagangan kulit komersial.

Reptilia adalah haiwan berdarah sejuk tetapi memakai kulitnya adalah tanpa perasaan. Biarkan kulit pada pemilik asalnya.

Surat Kepada Pengarang, 24 Mei 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt