Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Kenaikan Harga Sayuran Dengan Sewenang-wenang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran yang meningkat 350% pada bulan Ramadan ini.

Berikut adalah senarai perbandingan harga.

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.

CAP juga berulang kali menggesa FAMA agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian.

Kenyataan Akhbar, 8 Jun 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt