Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Unit Perumahan Kos Rendah Yang Tidak Lagi Kos Rendah

Pemaju di Pulau Pinang perlu mematuhi dengan “Klausa Pematuhan” yang memerlukan mereka membina 30% perumahan awam iaitu Kos Rendah (RM42,000.00) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500.00).

Pemohon bagi rumah ini yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Perumahan Negeri akan dihantar surat tawaran oleh pihak jabatan apabila unit ini tersedia.

Perumahan untuk pekerja seharusnya satu mandatori

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila pindaan undang-undang Akta Kemudahan dan Standard Minimum Perumahan Pekerja 1990 tidak menjadikan satu mandatori bagi majikan untuk menyediakan pekerja mereka dengan perumahan. Ini merupakan satu langkah ke belakang dalam bentuk kerajaan menangani dengan keadaan buruk pekerja asing dan malah pekerja tempatan yang bekerja jauh dari rumah. Majikan seharusnya menyediakan perumahan bagi pekerja ini terutama sekali bagi mereka yang hanya dibayar gaji minimum.

Apabila orang tempatan mahu mengambil pekerja asing, telah menjadi amalan biasa kontrak yang ditandatangani antara dua pihak itu termasuk majikan akan menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada pekerja dan kos itu akan ditanggung oleh majikan. Sementara ini akan memastikan pekerja asing tidak terabai, sering kali tempat tinggal yang disediakan oleh majikan mereka tidak sihat dan berbahaya.

Kualiti Perkhidmatan Pos Malaysia Menurun – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  telah menerima banyak aduan mengenai kelewatan penerimaan mel, baik dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Kualiti perkhidmatan pos kita telah menurun sejak kebelakangan ini.

Salah seorang pengadu CAP telah melanggan dengan majalah Guardian Weekly dari London melalui mel udara kelas pertama. Masalahnya beliau menerima majalah tersebut secara tidak menentu. Isu-isu lebih awal kadangkala diterima hampir sama dengan tarikh isu terkemudian, dengan mengambil masa antara 3-5 minggu untuk sampai ke tangannya.

Berikutan aduan yang diterima, CAP telah mengetengahkan perkara itu kepada pihak Guardian. Ia kemudian melakukan pemeriksaan di bahagian pengedaran dan mendapati sistem pos di Malaysia bertanggungjawab terhadap kelewatan tersebut. Kelewatan sebegitu tidak seharusnya berlaku bagi mana-mana mel yang dikendalikan oleh Pos Malaysia, lebih-lebih lagi bagi mel udara kelas pertama yang dikenakan bayaran lebih tinggi.

CAP turut mengalami masalah hampir sama beberapa kali apabila melanggan majalah dan akhbar dari dalam dan luar negara. Dua tahun yang lepas mel biasa diterima lewat 3 minggu sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan dan memantau perkhidmatan pos demi memastikan ia memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut jejak pos antarabangsa. Kualiti perkhidmatan pos negara tidak seharusnya diambil ringan hanya kerana terdapat kaedah komunikasi lain.

 

Surat kepada Pengarang, 14 Mac 2019

Perlindungan diperlukan oleh Pembeli Kereta Baru

CAP Gesa Perkenalkan Lemon Law di Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk melaksanakan Lemon Law yang merupakan cara bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pembeli produk pengguna, terutama sekali kenderaan bermotor, yang berulang kali gagal untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi. Lemon Law mengukuhkan Akta Perlindungan Pengguna. Ia perlu diperkenalkan bagi membolehkan pengguna yang memegang ‘limau’ (senang untuk dilihat tetapi masam dan tajam rasanya) mendapatkan ganti rugi melalui perundangan.

Undang-undang ini memerlukan kereta yang rosak dibaiki atau diganti. Pengguna mungkin meminta pengurangan dalam harga atau mendapatkan bayaran balik. Pada masa ini negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina telah melaksanakan Lemon Law.

Bertindak Terhadap Risiko Automasi: Revolusi Industri 4 (4IR) Malapetaka atau Rahmat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung peningkatan laporan pekerja yang akan kehilangan kerja mereka akibat kemunculan “Revolusi Industri 4 (4IR), yang digembar-gemburkan untuk menggantikan banyak kemahiran dan fungsi dengan automasi yang dibantu oleh perisian.

Pembuangan pekerja, terutama sekali tenaga kerja kanan yang bekerja dalam bidang mereka sejak berdekad, akibat pengenalan automasi dan teknologi merupakan fenomena yang membimbangkan yang masih belum diberikan pengiktirafan.

CAP Gesa Kerajaan Jangan Tandatangan Perjanjian TPP yang Disemak Semula

Menurut laporan berita, 11 negara yang bersetuju kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa Amerika Syarikat, kini telah memuktamadkan rundingan untuk menandatangani perjanjian yang hampir sama dengan TPPA. Malaysia merupakan salah sebuah negara itu.

Namun demikian, rakyat Malaysia masih tidak mengetahui mengenai rundingan dan perjanjian terbaharu ini.

Menurut laporan berita, perjanjian baharu ini yang dikenali sebagai CPTPP, adalah hampir sama dengan TPP, kecuali bagi beberapa perubahan kecil.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt