Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Umumkan Kepada Orang Ramai Rang Undang-undang Langkah Sementara

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan agar berhati-hati dengan penggubalan Rang Undang-undang Langkah Sementara yang menghalang pemaju perumahan dan pembeli rumah daripada menyaman antara satu sama lain hasil penangguhan dalam penyiapan akibat pandemik Covid-19.

Walaupun ia adil bahawa tarikh penyiapan dilanjutkan disebabkan oleh gangguan yang disebabkan oleh pandemik, undang-undang itu tidak seharusnya menghalang pembeli rumah daripada menyeret pemaju ke mahkamah bagi isu selain daripada penyiapan projek yang lebih lama daripada tiga bulan.

Pemaju tidak seharusnya diberikan ‘cek kosong’ dalam kelewatan projek mereka. Sebabnya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan kerja-kerja di tapak pembinaan disambung semula pada awal Mei.

Membolehkan pemaju untuk melanjutkan tarikh penyampaian projek mereka melangkau tiga bulan mungkin menyebabkan kesukaran kewangan kepada pembeli rumah yang menyewa serta perlu membayar pinjaman perumahan. Pembeli rumah lain mungkin mengalami masalah yang timbul daripada kelewatan seperti pemaju berdepan dengan projek tergantung mungkin cuba mencari alasan untuk melewatkan lagi daripada yang sepatutnya. Kelewatan yang berlarutan dalam satu projek akan memberikan kesan negatif kepada beratus keluarga terutamanya daripada golongan Bawah 40 (B40) atau kumpulan Pertengahan 40 (M40).

Undang-undang yang dicadangkan itu seharusnya lebih khusus dan membenarkan pembeli rumah menyeret pemaju ke mahkamah jika terdapat pembuatan yang buruk, kecacatan struktur atau beberapa alasan lain selain daripada kelewatan dalam penyiapan yang munasabah. Kami menggesa kerajaan supaya mengumumkan kepada orang ramai butiran Rang Undang-undang Langkah Sementara itu kerana ia memberi kesan kepada kehidupan berjuta rakyat Malaysia dengan satu atau lain cara.

 

Kenyataan Akhbar, 3 Julai 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt