Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jangan Kecualikan Pemaju dari Mendeposit GCC - CAP

Kami menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar tidak memberikan pengecualian kepada pemaju yang dianggap oleh pegawai Kementerian sebagai mempunyai “rekod yang baik” dan “kemampuan kewangan yang mencukupi.” Tindakan yang berat sebelah itu  akan membuka ruang kepada rasuah, sikap pilih kasih, dan pengaruh.

Awal-awal lagi, pemaju yang tidak mempunyai “rekod yang baik” dan “kemampuan kewangan” yang lemah tidak seharusnya diberikan lesen oleh Kementerian dan menjalankan perniagaan.

Seorang pemaju dikehendaki mendeposit  3 peratus  dari Anggaran Kasar Kos Pembinaan (GCC) ke dalam Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi setiap fasa pembinaan bangunan.  Bagaimanapun, pada awal Disember lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa beberapa pemaju dikecualikan daripada membayar 3 peratus ke dalam deposit GCC.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, dalam menjelaskan kenyataan di Dewan Rakyat yang diberi oleh Timbalannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Sha,h berkata, pengecualian tersebut hanya diberikan kepada pemaju dengan “rekod yang baik” dan “kemampuan kewangan yang mencukupi.” Kementerian kemudian akan mengambil “10 peratus daripadanya (GCC) untuk dimasukkan ke dalam dana Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju.”

Pada awal Disember lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa 21 pengecualian diberikan pada 2016; 72 pada 2017; dan 48 pada 2018. Sementara itu 48 pengecualian diberikan antara Januari dan November 2019.

Tujuan pemaju dikenakan deposit 3 peratus dari GCC ialah bagi memastikan mereka menyelesaikan projek mengikut tempoh yang ditetapkan sementara rumah-rumah yang dibina layak untuk diduduki.

Di antara 2011 dan 2019, sejumlah 107 projek telah terbengkalai. Namun sehingga Mac 2019, tiada satu pun daripada pemaju terbabit didakwa  kerana mengabaikan projek.

Dengan memberikan pengecualian, kerajaan masih menaruh kepercayaan bahawa pemaju akan menepati janjinya untuk menyiapkan pembinaan rumah mengikut tempoh yang ditetapkan, mengikut kualiti yang sepatutnya dan tidak menipu pembeli. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil risiko ini kerana apabila pemaju gagal menyerahkan rumah seperti yang dijanjikan, ini bermakna kerajaan terpaksa menampung projek yang terbengkalai itu dan mencari penyelamat yang baharu.

Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan agat menghentikan pemberian pengecualian kepada mana-mana pemaju.


Kenyataan Akhbar, 23 Disember 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt