Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekalkan MAVCOM untuk melindungi hak pengguna

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menggabungkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Tindakan itu dikatakan menjadi satu cara untuk memperkasakan CAAM, iaitu memberikan kuasa untuk mengawal semua aspek teknikal dan ekonomi industri penerbangan awam. Tamabahan lagi, MAVCOM  diberitakan mesti akan dibubarkan.

Keputusan Kementerian Pengangkutan amat mengecewakan kerana ia menunjukkan menteri terbabit tidak berpandangan jauh. Kita tidak seharusnya lupa apabila CAAM diturunkan grednya,  Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia  mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menjalankan kajian mengenai badan kawal selia itu dan mendapati CAAM mengalami masalah kekurangan tenaga kerja (iaitu jurutera dan juruterbang berpengalaman) sementara kakitangan yang ada pula kurang berpengalaman dan menerima gaji yang rendah. Menurut mereka juga, penurunan itu sebahagiannya disebabkan ketidakupayaan Kementerian Pengangkutan untuk melakukan perubahan yang sewajarnya dalam CAAM  agar ia boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

Oleh itu, kenapakah badan kawal selia yang mampu berdikari dan beroperasi dengan baik akan dibubarkan demi memberi ruang kepada badan kawal selia yang sedang bergelut dan tidak cekap; dan CAAM berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan hal-hal pengguna, kami jelas dapat melihat bahawa kebajikan pelanggan penerbangan tetap terjaga kerana MAVCOM memastikan syarikat penerbangan dan lapangan terbang menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Kami juga percaya MAVCOM boleh bertindak sebagai pengawas kepada Kementerian Pengangkutan kerana mereka hanya perlu memberikan penjelasan terus kepada Parlimen, bukannya kepada Menteri. Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan bukan meletaknya di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan.  Mereka juga tidak menerima pembiayaan kerajaan tetapi dibiayai cuma RM1.00 daripada setiap penumpang yang terbang ke luar.

Ini dan pelbagai faktor lagi diketengahkan oleh CAP di dalam surat kami kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan kenapa MAVCOM harus dikekalkan dalam keadaan sedia ada. Surat yang dihantar pada awal minggu ini berharap keputusan untuk menggabungkan atau membubarkan MAVCOM  tidak diambil semata-mata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu.

Kepada kami ia kedengaran seolah-olah disebabkan CAAM tidak beroperasi dengan baik, MAVCOM harus dikorbankan. Kami ingin tahu kenapa Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk membubarkan MAVCOM di sebalik mengambil langkah-langkah  untuk menaikkan taraf CAAM dengan menjadikannya mencontohi MAVCOM. Apakah justifikasi yang boleh diberikan oleh kementerian?

Kami menggesa kerajaan agar membatalkan keputusan untuk membubarkan MAVCOM sementara ahli-ahli Parlimen membantah sebarang langkah untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015


Kenyataan Akhbar, 13 Disember 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt