Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tidak menstrukturkan pelajar menengah atas adalah satu langkah ke arah yang betul

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan syabas kepada Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik kerana memperkenalkan model pendidikan yang lebih fleksibel bagi pelajar menengah atas. Kami percaya melalui pengenalan sistem baharu ini, pelajar tidak akan berasa didesak ke laluan kerjaya tertentu kerana mereka telah distrukturkan selepas PT3.

Buat masa ini, terdapat dua perkara yang kami ingin kemukakan.

Pertama, kami berharap Kementerian Pendidikan dan sekolah menengah dapat melaksanakan sistem baharu ini dengan lancar agar pelajar Tingkatan 4 tahun depan dapat belajar dalam keadaan bebas tanpa sebarang tekanan.

Kedua, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk mengubah sistem penstrukturan itu; sehubungan itu kami meminta agar aspek penting lain dalam sistem pendidikan kita turut dipertimbangkan. Misalnya, kementerian seharusnya melakukan sesuatu untuk menghapuskan budaya “buku-kerja”. Selain itu mereka juga perlu memperkenalkan sukatan mata pelajaran yang menggalakkan pemikiran yang kritikal dan menyebabkan pelajar lebih mengambil berat akan soal kemasyarakatan. Tambahan lagi, perlu ada penilaian yang lebih tegas untuk menentukan sama ada seseorang itu bersesuaian untuk menjadi seorang guru baik dari segi kelayakan mahupun tingkah laku. Begitu juga, dengan beberapa jawatan di sekolah seperti pengetua, guru disiplin dan sebagainya.

Untuk menuju ke arah sistem pendidikan yang lebih baik, adalah penting bagi kita melihat gambarannya secara menyeluruh. Kementerian perlu melihat “apa” yang diajar kepada pelajar dan “bagaimana” pelajar diajar.

Terdapat kritikan daripada beberapa pihak tertentu bahawa sistem baharu ini yang mempunyai “pakej” sukatan mata pelajaran cuma sekadar “smokescreen” untuk menutup sistem penstrukturan. Sementara memang benar pelajar tidak bebas untuk menggabung dan memadankan subjek  mengikut gabungan yang mereka inginkan, tidak dinafikan lagi terdapat lebih banyak gabungan subjek yang boleh dipilih oleh bakal pelajar Tingkatan 4 pada 2020 nanti.

Ini merupakan langkah yang betul kerana ia membuka lebih banyak peluang ke arah perubahan yang lebih positif bagi sistem pendidikan kita di masa depan.

 

Kenyataan Akhbar, 28 November 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt