Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pertanian Mapan Bebas Bahan Kimia

Ucapan Oleh S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Pada 26 Mei 2016 di Pulau Pinang.

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Zakaria bin Mohamad Sidek

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia

Encik Azahar bin Haji Ibrahim

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pulau PinangSaya amat menghargai kehadiran semua pada hari ini kerana sudi meluangkan masa bersama kami serta mengalu-alukan kedatangan Ketua Pengarah Pertanian untuk meninjau projek pertanian mapan CAP.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, pelajar, petani dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak yang berada di sini dan yang begitu aktif melibatkan diri dalam projek pertanian mapan CAP selama ini. Kami juga turut mendapat sokongan daripada orang ramai dan media yang turut mengetengahkan kegiatan pertanian kami ini. Terima kasih semua.

CAP Gesa Tanah Sawah Di Kampung Ewa, Langkawi Dipulihkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pertanian Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera membantu 30 petani di Kampung Ewa, Pulau Langkawi memulihkan tanah sawah yang tidak dapat diusahakan dan terbiar sejak tiga tahun yang lalu.

Keadaan ini berlaku kerana tanah sawah seluas 100 ekar di kampung tersebut tidak mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi untuk mengairi tanaman padi di kawasan itu.

CAP bimbang tanah sawah jerlus jejas kehidupan petani Kerian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian dan mengambil tindakan bagi mengatasi punca berlakunya tanah sawah jerlus di daerah Kerian Perak ketika ini.

CAP bimbang jika masalah itu tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pendapatan serta kehidupan para petani di kawasan berkenaan dan menggugat sektor pertanian negara pada masa akan datang.

Selamatkan Biji Benih Kita dari Kawalan Korporat

Biji benih merupakan input paling penting bagi petani. Sejak beribu tahun komuniti ladang meneliti, memilih, memelihara, membiak dan menyimpan biji benih untuk semaian seterusnya. Malangnya, dalam beberapa abad lalu terdapat kemerosotan mendadak dalam kepelbagaian biji benih di peringkat global, yang mana Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melaporkan pada 2010 bahawa 75% kepelbagaian tanaman dunia telah pun lenyap.

Hakisan kepelbagaian-bio (biodiversiti) pertanian sebahagian besarnya berpunca daripada perniagaan industri-pertanian dan dasar yang menyokongnya. Petani kini membeli banyak input penting pertanian, sedangkan sebelum ini input dihasilkan dan dikitar semula dalam lingkungan ladang. Kawalan korporat ke atas biji benih amat membimbangkan kerana ia mengancam untuk menjadikan pertanian tebusan kepada kepentingan perniagaan besar. Menurut La Via Campesina, sebuah Pergerakan Petani Antrabangsa dan GRAIN, sebuah NGO yang giat dalam isu biji benih, hanya 10 syarikat terlibat bagi 55% daripada pasaran biji benih global Antaranya ialah Monsanto, Dow, Dupont dan Syngenta.

 

Menteri Pertanian melancarkan Projek Pertanian Bandar CAP

Dorongan Diperlukan untuk Menggerakkan Pertanian Bandar

Ucapan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohd Idris, di perlancaran Projek Pertanian Bandar CAP

Pertanian bandar semakin berkembang di seluruh dunia, sama ada diusahakan secara sendiri mahupun secara komuniti. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kerajaan Malaysia untuk mempertingkatkan sokongan kepada komuniti dan individu untuk bergerak ke arah mengusahakan tanaman makanan di bandar.

Pertanian bandar dan pinggir bandar adalah dalam bentuk penanaman sayur di belakang rumah, di atas bumbung dan di balkoni. Mengusahakan tanaman secara komuniti pula dilakukan di kawasan kosong, lapang atau taman, menanam pokok di tepi jalan dan ternakan dibiarkan meragut rumput di kawasan terbuka. Kira-kira 15% daripada makanan dunia dilaporkan kini diusahakan di kawasan bandar.

Pemahaman Yang Lebih Baik Berhubung Serangga Bermanfaat Penting Untuk Pertanian Lestari

alt

Oleh N. Selvam

Penggunaan racun makhluk perosak amat berleluasa di ladang di Malaysia sehingga ke tahap hampir semua serangga bermanfaat lenyap dari ladang. Kunjungan ke beberapa ladang dan seterusnya perbincangan dengan petani Malaysia mendedahkan keadaan ladang Malaysia yang amat menyedihkan. Petani terpaksa menggunakan racun makhluk untuk menghapuskan masalah makhluk perosak.

Akibat sikap petani yang tidak mengambil peduli terhadap kepentingan serangga bermanfaat, mereka menyembur racun makhluk perosak di ladang mereka yang membawa kepada lenyapnya serangga bermanfaat bersama dengan makhluk perosak.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt