Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kenaikan harga bawang menimbulkan masalah lain

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak dapat memahami bagaimana harga bawang boleh meningkat sehingga antara RM12 dan RM14 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM5 hingga RM9. Bawang ini dibawa masuk oleh pengimport lebih awal sebelum kenaikan harga. Oleh sebab itu, berdasarkan stok bawang yang sedia ada maka ia tidak seharusnya dijual pada harga semasa.

Penglibatan VVIP Dalam Perdagangan dan Pemburuan Haram Hidupan Liar

Pendedahan terbaharu oleh Ketua Polis Negara (KPN) bahawa ada VVIP terlibat dalam pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar amat membimbangkan. Menghentikan pemburuan haram ini memerlukan tindakan menentang mereka yang kaya dan berpengaruh yang sering berkaitan dengan kumpulan jenayah terancang.

Hari Kesedaran Antarabangsa: Hentikan Pengangkutan Haiwan Hidup

Ramai orang yang berminat dalam kebajikan haiwan bersetuju bahawa pengangkutan ternakan hidup ke destinasi penyembelihan di seluruh negara, melalui lautan atau benua adalah satu amalan yang seharusnya tidak diteruskan.

Walaupun status pengangkutan haiwan dalam setiap wilayah mewakili sesuatu konteks yang berbeza, masalah asasnya ialah kesesakan, pengendalian yang kasar dan kesan buruk daripada perjalanan yang panjang tanpa rehat adalah sama di seluruh dunia. Pengangkutan ternakan pada jarak yang jauh itu sendiri tidak cekap dari sudut ekonomi, tetapi wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakcekapan pelaburan dalam membangunkan alternatif.

CAP Gesa Kerajaan Tidak Sertai UPOV 1991 Kerana Ia Tidak Melindungi Petani Kecil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991 (International Convention for the Protection of New Varieties of Plants of 1991 - UPOV 1991).

CAP difahamkan bahawa Kerajaan Malaysia semakin ditekan untuk bersetuju dengan langkah itu, dan kami amat bimbang dan takut kerajaan akan menerima dan menyertai UPOV, yang mana ia amat bertentangan dengan kepentingan petani kecil, penyelidik tempatan dan perlindungan kepelbagaian biologi kita.

Hapuskan Makhluk Perosak Dengan Kaedah Biologi

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan mempergiatkan kaedah biologi kepada pesawah di negara ini bagi mengawal ancaman makhluk perosak ke atas tanaman padi mereka.

Kaedah biologi bukan saja boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang malah para pesawah juga tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli racun dan dapat menghindarkan diri mereka dari mengalami masalah kesihatan.

alt

alt

alt

alt

alt