Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Pembunuhan Gajah di Sabah

Sabah sekali lagi menjadi tajuk berita utama dan sekali lagi mengenai kematian gajah pigmi. Apa yang mengejutkan Sahabat Alam Malaysia (SAM) ialah cara gajah itu yang ditembak dengan kejam. Bukan hanya ditembak beberapa kali, gadingnya juga turut dipotong.

Kejadian pembunuhan gajah yang berterusan ini menggambarkan betapa lemahnya sistem penyampaian kerajaan; ia sering berlaku dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa mereka yang diamanahkan dengan tugas ini  iaitu Jabatan Hidupan Liar tidak melakukan sesuatu yang cukup berkesan.

Penderitaan Yang Tidak Terhingga

4 Oktober adalah Hari Haiwan Sedunia dan ini adalah masanya untuk memberi perhatian kepada penderitaan haiwan. Banyak haiwan mengalami kesakitan dan penderitaan apabila didera, terabai atau dilayan dengan kejam oleh manusia. Ia boleh menyebabkan bahaya atau penderitaan untuk tujuan khusus seperti pembunuhan haiwan untuk makanan, bagi mendapatkan bulunya, gading atau bahagian tubuh serta kekejaman yang dikaitkan dengan kaedah penyembelihan tertentu.

Penglibatan Polis Dalam Melindungi Hidupan Liar Amat Diperlukan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memuji tindakan Ketua Polis Negara (IGP), Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang menunjukkan sifat menjaga dan tanggungjawab bagi melindungi hidupan liar negara kita. Beliau membuat kenyataan yang amat positif bagi memerangi penyeludupan dan pemerdagangan dengan menggerakkan unit udara, laut dan darat bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar membanteras jenayah hidupan liar di darat, laut dan udara.

Jaminan daripada IGP bahawa undang-undang yang lebih keras dan tindakan serta langkah yang lebih drastik untuk memastikan pemburu haram dibawa ke muka pengadilan di bawah undang-undang Malaysia amat dialu-alukan. Perdagangan haram antarabangsa hidupan liar dan produk hidupan liar telah mencapai ke tahap krisis. Ia menjadi ancaman kepada kewujudan spesies ikonik dan menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan liar.

Menangani Kepupusan Harimau

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan berita mengenai komitmen kerajaan untuk menangani masalah pemburuan haram dengan meningkatkan lagi sumber manusia melalui batalion khas yang ditugaskan untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) dalam mengawal hutan negara.

Bilangan harimau dianggarkan hanya tinggal kira-kira 250 ekor. Ini amat membimbangkan. Semua usaha di masa lalu tidak berkesan untuk menyelamatkan harimau. Ia hanya dapat memperlahankan kadar kemerosotannya. Waktu untuk berpeluk tubuh terhadap kelenyapan hutan dan kepupusan hidupan liar kita telah lama berlalu.

Individu Pelihara Hidupan Liar Sebagai Haiwan Peliharaan Membimbangkan

Terdapat beberapa insiden baru-baru ini di mana didedahkan individu memelihara hidupan liar sebagai haiwan peliharaan yang kini menjadi satu trend yang amat membimbangkan.

Insiden pertama didedahkan di dalam media ialag Beruang Matahari di mana seorang penyanyi Malaysia pada mulanya menyangkakan ia seekor anjing. Dalam minggu yang sama terdapat satu kes Brahminy Kite yang dikurung selama setahun di sebuah rumah teres lot tepi.

Masa Depan yang Muram bagi Gajah Kita

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan berita kematian tiga ekor gajah di kawasan ladang kampung di Kampung Sri Timur 3, Kluang, Johor. Ia dipercayai telah diracun. Kematian gajah ini menggambarkan masa depan yang muram bagi gajah kita.

Dengan ladang kelapa sawit menceroboh dari semua sudut ke dalam habitat gajah, bersama dengan aktiviti pembalakan dan pertanian, beberapa dekad ini memperlihatkan kemerosotan ketara hutan ditambah dengan kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar sebagai faktor utama di sebalik masalah yang semakin bertambah ini.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt