Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

SAM: Kenakan hukuman berat terhadap pembunuh gajah Pygmy

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memandang serius kematian 13 ekor gajah pygmy di Hutan Simpan Gunung Rara sebagai satu bencana paling buruk yang berlaku pada 2013. Tiada yang lebih memilukan daripada melihat anak gajah di sisi ibunya yang mati – pandangan menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

SAM mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembunuhan haiwan yang tidak bersalah ini yang kehidupannya terancam akibat pencerobohan daripada semua pihak ke kawasan habitat gajah. Pada waktu hidupan liar terancam dengan serius daripada semua bentuk aktiviti manusia, mampukah kita kehilangan warisan yang amat berharga ini?

Mestikah Sabah menunggu berlakunya kematian sebelum melaksanakan pelan pengurusan yang lebih sempurna untuk melihat dengan serius masalah konflik manusia dan hidupan liar? Ia bukanlah sekadar menyuarakan rasa kesal di atas kehilangan yang berlaku dan memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan terperinci akan dibuat tetapi berulang semula pada masa depan.

Ladang kelapa sawit sering terletak berdekatan dengan habitat hidupan liar dan hanyalah satu-satunya laluan untuk gajah melalui kampung dan ladang petani tempatan, yang terpaksa menanggung konflik itu. Dengan begitu banyak tanah diambil untuk perladangan terdapat sedikit habitat semula jadi untuk gajah-gajah ini, kerana tidak semua tanah hutan boleh didapati untuk gajah ini. Penghormatan tradisi untuk gajah di kawasan ini semakin teruji.

Meracun gajah merupakan tindakan paling kejam dan satu bentuk layanan yang dijalankan oleh mereka yang hanya berniat membalas dendam di atas kerugian dan kehilangan tanaman tanpa memahami bagaimana gajah memerlukan ruang untuk bergerak.

Sementara itu, SAM menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh tanpa berselindung dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah yang bertanggungjawab membunuh gajah-gajah tersebut.

Sementara itu, terdapat keperluan bagi mengurangkan konflik antara aktiviti manusia dan gajah serta memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam pemuliharaan gajah dan habitatnya.

Kenyataan Akhbar - 30 Januari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt