Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Individu Pelihara Hidupan Liar Sebagai Haiwan Peliharaan Membimbangkan

Terdapat beberapa insiden baru-baru ini di mana didedahkan individu memelihara hidupan liar sebagai haiwan peliharaan yang kini menjadi satu trend yang amat membimbangkan.

Insiden pertama didedahkan di dalam media ialag Beruang Matahari di mana seorang penyanyi Malaysia pada mulanya menyangkakan ia seekor anjing. Dalam minggu yang sama terdapat satu kes Brahminy Kite yang dikurung selama setahun di sebuah rumah teres lot tepi.

Ia amat mengecewakan kepada Sahabat Alam Malaysia (SAM) apabila mendapati penduduk membuat laporan kepada jabatan mengenai burung yang dikurung, bukan hanya sekali tetapi empat kali, dan semuanya tiada hasil. Tiada tindakan daripada Perhilitan – pihak berkuasa rasmi yang menjadi penjaga kepada hidupan liar negara kita ini amat membingungkan.

Sudah menjadi satu perkara biasa bahawa terdapat ramai pemilik ‘haiwan peliharaan’ yang tidak mematuhi undang-undang demi keseronokan mereka sendiri dalam memiliki makhluk seperti itu. Ramai orang tertarik untuk memiliki haiwan peliharaan eksotik disebabkan oleh pelbagai faktor psikologi. Ini termasuklah faktor prestij atau keinginan untuk berbeza – demikian menurut Dr. Michael Gumert, Profesor Psikologi, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Apa yang membingungkan ialah bagaimana mudahnya untuk memperolehi dan menyimpan spesies yang dilindungi ini tanpa dikenakan hukuman denda oleh undang-undang. Kini menjadi lebih mudah terutama sekali dengan media sosial. Ia begitu menjadi-jadi dan mudah dengan hanya beberapa klik, seseorang itu boleh mencapai penjual dan membeli hidupan liar secara atas talian. Tiada anggaran rasmi dan yang boleh dipercayai sejauh mana pasaran penyeludupan haiwan nadir ini boleh diperolehi tetapi banyak bukti ia merupakan masalah yang besar.

Kejahilan membawa kepada kesengsaraan terutamanya ditangan pemilik yang tidak cekap, banyak haiwan eksotik hidup sengsara dan mungkin mati atau terbiar. Perniagaan haiwan peliharaan eksotik adalah industri lumayan yang membawa kritikan daripada penyokong kebajikan haiwan dan penyokong pemuliharaan hidupan liar. Menjual hidupan liar yang dilindungi di kedai haiwan peliharaan atau melalui Internet merupakan salah satu sumber terbesar perolehan jenayah, di belakang penyeludupan senjata dan dadah.

Tetapi haiwanlah yang menjadi mangsanya. Haiwan eksotik memerlukan penjagaan khusus tetapi sering diperolehi oleh mereka yang memiliki kurang pengetahuan, sumber atau komitmen untuk memeliharanya dengan sempurna. Pemilik kedai haiwan peliharaan juga jahil mengenai keperluan hidupan liar eksotik dan tidak mendidik pembeli berhubung penjagaan yang sempurna, diet, dan pengendalian haiwan. Haiwan yang sering dicari ialah chinchillas, sugar gliders, iguana, kura-kura dan penyu, pelbagai primat dan ular.

Amalan memelihara hidupan liar dalam kurungan itu sendiri menjadi satu bentuk pengabaian haiwan dan satu kekejaman terhadap haiwan itu sendiri. Contohnya kes Brahminy Kite dan Beruang Matahari yang dikurung di dalam kurungan yang tidak sesuai. Keutamaan yang tinggi mestilah diberikan kepada usaha untuk mencegah penderaan haiwan ini dan memastikan spesies ini tidak menderita ditangan mereka yang menangkapnya.

Kebimbangan SAM terhadap hidupan liar eksotik ini termasuklah:

•   Risiko yang diketahui akan pemindahan penyakit kepada manusia;

•   Masalah pemuliharaan dalam negara asal haiwan kerana haiwan eksotik adalah spesies terancam dan permintaan ini menyumbang kepada ancaman kepupusan;

•   Kesan ekologi daripada pelepasan atau haiwan yang terlepas boleh menjadi serius kepada hidupan liar tempatan;

•   Kekurangan pendidikan dalam kalangan awam; dan

• Kekurangan peraturan perdagangan.

SAM membantah dengan sekeras-kerasnya pemeliharaan hidupan liar eksotik sebagai haiwan peliharaan dan percaya bahawa semua pergerakan komersial haiwan ini untuk tujuan itu mestilah dilarang. SAM juga menggesa supaya diharamkan penjualan haiwan eksotik di kedai haiwan peliharaan. Industri haiwan peliharaan menekankan keperluan untuk pihak berkuasa penguatkuasaan supaya menangani dengan masalah ini dengan segera. Ia juga menjadi satu amaran kepada pihak berkuasa bahawa mereka tidak boleh berpuas hati dan pihak penguatkuasa undang-undang perlu untuk mengukuhkan lagi perundangan dan untuk memantau semua kedai haiwan peliharaan di negara ini.

SAM mengalu-alukan berita mengenai cadangan undang-undang untuk mengharamkan iklan atas talian bagi jualan haiwan terancam dalam pindaan kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Bagaimanapun, walaupun langkah diambil, perdagangan hidupan liar dalam kurungan akan berterusan sehingga semua orang menyedari bahawa hidupan liar bukanlah sesuatu yang boleh dikurung atau dimiliki. Sehingga kini, undang-undang boleh membantu mencegah penderaan ini dan berharap pemahaman bahawa haiwan ini wujud dalam dunianya tersendiri dan bukan untuk dimiliki sebagai “haiwan peliharaan”.

 

Surat Kepada Pengarang, 11 Julai 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt