Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan Penggunaan Hidupan Liar dalam Semua Aktiviti Berkaitan Manusia

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat sedih dan terkejut mendapati satu lagi kematian tragik seekor haiwan Jaguar di tangan tentera. Kematian tidak perlu jaguar, gorila Harambe, pembunuhan buaya di pusat peranginan Disney Orlando, Florida, singa di zoo Chile dan banyak lagi haiwan liar lain yang dieksploitasi telah mencetuskan kecaman antarabangsa, malangnya eksploitasi haiwan liar berterusan.

SAM mengutuk insiden susulan tembakan yang membunuh Jaguar itu dan menggesa diharamkan mempamerkan haiwan separuh jinak sama ada untuk mengagungkan tentera, Olimpik, penggunaan dalam iklan atau sebarang aktiviti manusia.

Apakah nilai yang cuba ditunjukkan oleh jawatankuasa Olimpik. Adakah paparan mereka terhadap haiwan elegan dan anggun itu untuk menunjukkan kuasa dan dominasi terhadap makhluk yang lebih lemah? Menggunakan ubatan terhadap haiwan cantik, merantai dan mempamerkan seperti trofi tanpa sebarang perhatian terhadap apakah haiwan liar mungkin mampu lakukan adalah tidak terfikirkan.

Haiwan yang mengagumkan dan berkuasa kehilangan nyawa disebabkan manusia memutuskan ia seharusnya dikurung dan kemudiannya dipertontonkan kepada khalayak untuk pameran dan hiburan orang ramai. Kejahilan dan kebodohan manusialah yang membawa kepada pembunuhan yang malang ini. Mereka fikir Jaguar merupakan haiwan peliharaan yang perlu dirantai, pada masa yang sama lupa bahawa mereka juga seperti keluarga kucing besar yang lain, perlu hidup bebas di kawasan habitatnya, berkeliaran dalam keluasan yang meliputi beratus kilometer persegi.

Kecenderungan yang menjijikkan ini menjadikan kucing liar dan spesies berbahaya lain menjadi haiwan peliharaan di bandar menekankan kejahilan manusia yang mengejutkan yang percaya bahawa Jaguar boleh dianggap haiwan jinak dan separuh jinak selepas hidup bersama manusia di zoo yang terletak bersama pusat latihan tentera. Haiwan liar akan selalu menjadi liar dan tiada haiwan liar yang mempunyai naluri membunuh seperti mana berwaspada seperti kucing.

Haiwan liar ditangkap dan dikurung serta dipaksa melakukan perkara yang amat mengejutkan, kadangkala menyakitkan dan tidak semula jadi merupakan bom jangka yang meletakkan mereka dalam risiko melalui tindakan manusia.

Satu lagi perkara dalam iklan yang memaparkan produk susu kanak-kanak dalam saluran TV tempatan kita di mana anak harimau di kelilingi oleh sekumpulan kanak-kanak yang membuat bising. Ia kemudiannya menunjukkan anak harimau itu melarikan diri. Pengiklan gagal untuk menyedari bahawa tindakan itu menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada anak harimau yang kecil itu dengan semua kebisingan itu datangnya daripada kanak-kanak itu.

Paling menyedihkan ialah mengurung dan merantai haiwan liar sebagai ganti membiarkan mereka bebas dan liar.

Bilakah pembunuhan, eksploitasi dan layanan buruk terhadap haiwan ini akan dihentikan? Kini tiba masanya bagi semua orang dan institusi menghentikan mengenakan kuasa dan kawalan mereka melalui pengurungan, menjinakkan dan mempamerkan haiwan liar. Sebagai ganti menggunakan haiwan liar sebagai maskot, pilihan yang lebih baik adalah menggunakan simbol Jaguar, yang menunjukkan kecantikan, berkuasa dan lebih belas kasihan.

Inilah masanya manusia mempelajari untuk menerima bahawa haiwan liar perlu dibiarkan di dalam habitat liarnya. Susulan penembakan yang membunuh Jaguar, spesies yang hampir pupus dan sudah pun pupus di Uruguay dan El Salvador, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) – SAM menggesa supaya menghentikan mempamerkan haiwan liar sama ada dalam iklan atau acara besar seperti Olimpik.

Surat Kepada Pengarang, 30 Jun 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt