Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Longkang di Balik Pulau dipenuhi semak samun

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah longkang yang tidak dibersihkan berhampiran terminal bas Rapid Penang di Balik Pulau di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati keadaan longkang di tempat itu semakin cetek dan ditumbuhi rumput serta dipenuhi semak samun.

Masalah ini bukan saja mencemarkan kawasan persekitaran dan laluan utama orang awam yang berkunjung ke terminal bas tersebut dan pasar berdekatan tetapi juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus bersarang.

Seorang pengunjung pasar awam Balik Pulau Azhar Shariff, 45, ketika ditemui berkata keadaan longkang yang kotor dan tidak diselenggara dengan sempurna di sini sudah lama berlaku namun masalah itu tidak mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab..

“Bila hujan pengaliran air akan tersekat dan bertakung di dalam longkang ini dan serta menimbulkan bau busuk’ katanya.

Beliau berharap pihak terbabit dapat mengambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan mengancam alam sekitar di kawasan ini dengan lebih serius lagi.

CAP difahamkan masalah tersebut telah berlaku sejak setahun lalu di mana berlaku mendapan lumpur dan sisa buangan di dalam longkang ini. Akibat dari itu longkang tersebut menjadi  cetek dan ditumbuhi rumput serta dipenuhi semak samun.

CAP kesal walau pun masalah ini telah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

CAP percaya jika keadaan ini tidak ditangani segera ia boleh mencetuskan ancaman banjir kilat dan masalah kesihatan kepada orang ramai pada masa akan datang.

Kenyataan Media - 30 Julai 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt