Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP dan SAM gembira cadangan projek luar pantai dimansuhkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat gembira apabila cadangan membina struktur konkrit luar pantai untuk pembangunan campuran yang dijadualkan dimajukan di pantai barat Pulau Pinang telah dimansuhkan.

CAP dan SAM menentang sekeras-kerasnya projek ini sejak Oktober 2012. Kami telah menghantar bantahan kami kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan ulasan awal berdasarkan kertas cadangan yang diserahkan oleh perunding projek kepada Kerajaan Negeri. Penilaian awal oleh saintis yang dihubungi oleh pihak kami mendedahkan kesan alam sekitar yang akan timbul daripada projek itu.

Kerja menanam cerucuk ke atas lapisan batu untuk menyokong struktur konkrit itu sendiri boleh menyebabkan kemusnahan kepada flora dan fauna lautan. Di samping itu, pihak kami telah mendedahkan bahawa projek yang dicadangkan itu akan memusnahkan alam sekitar pantai, hutan bakau, kehidupan komuniti nelayan dan lebih banyak kemusnahan kepada alam sekitar di Pulau Pinang akibat pembangunan infrastruktur seperti pelebaran jalan.

CAP dan SAM juga menolak jemputan oleh perunding projek untuk menjadi Panel Penasihat projek itu. Malah surat kami bertarikh 13 Disember 2012 kepada pihak perunding itu juga menyarankan supaya idea projek itu dimansuhkan.

Kami merasa sangat gembira kerana seluruh masalah ini akhirnya selesai. Kami berharap pihak pelabur tidak mengambil idea projek yang sama ini untuk dibawa ke Myanmar, Thailand atau mana-mana negara lain kerana projek yang berskala seperti ini akan memusnahkan alam semula jadi jika dilaksanakan di mana sahaja.

Kenyataan Akhbar - 16 Januari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt