Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jangan bebankan rakyat dengan kenaikan kadar cukai

Dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP dan MBSP, telah menaikkan cukai taksiran bagi sejumlah 322,549 dan 327,401 hartanah di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Alasan yang diberikan terhadap langkah ini ialah pihak majlis bandaraya tidak pernah menyemaknya sejak 15 tahun lepas dan mereka juga mengalami defisit tahunan sejak 2016.

Dilaporkan bahawa sehingga April 2019 terdapat 54,792 pembayar cukai berhutang dengan MBPP sebanyak RM58,332,933 pada separuh pertama tahun ini. Kami menggesa majlis bandaraya mengambil tindakan berkesan untuk mengutip sejumlah besar tunggakan cukai taksiran itu. Kutipan tunggakan itu amat penting kerana sepertimana dalam kes ini, jumlah yang berhutang dengan MBPP amat mengejutkan dan ini hanya bagi separuh pertama bagi tahun ini.

Betul kata kami...memang jualan murah!

Sewaktu pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menurunkan  nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 selama setahun. Ini bagi membolehkan pemilikan asing hartabenda berkenaan demi mengurangkan harta-harta yang masih belum terjual yang kini mencecah RM8.3 bilion dalam suku kedua tahun 2019.

Atasi segera masalah di Pantai Merdeka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani di sini.

Longkang di Balik Pulau dipenuhi semak samun

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah longkang yang tidak dibersihkan berhampiran terminal bas Rapid Penang di Balik Pulau di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati keadaan longkang di tempat itu semakin cetek dan ditumbuhi rumput serta dipenuhi semak samun.

Batalkan Projek Terowong

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi mengulangi bantahan terhadap cadangan projek mega oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini. Projek itu membabitkan pembinaan terowong bawah laut sepanjang 6.5 km dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.2 km dari Persiaran Gurney ke Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km dari lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam, dan jalan empat lorong sepanjang 12 km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang.

CAP dan SAM tidak memihak mana-mana pihak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bahawa beliau mengesyaki yang kami ada persefahaman dengan pihak-pihak yang hendak melihatkan Kerajaan Barisan Nasional jatuh. Tuduhan ini adalah tidak berasas dan merupakan fitnah.

alt

alt

alt

alt

alt