Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

KEHIDUPAN YANG INDAH

“Saya tidak suka khususnya perkataan ‘kerja’. Manusia satu-satunya haiwan yang perlu bekerja, dan saya fikir ia perkara yang paling tidak masuk akal di dunia ini. Haiwan lain menjadikan kehidupan dengan hidup, tetapi manusia bekerja seperti orang gila, memikirkan bahawa mereka perlu melakukannya dalam usaha untuk kekal hidup. Semakin besar pekerjaannya, semakin besar cabarannya, mereka fikir lebih seronok. Adalah lebih baik untuk melepaskan cara berfikir begitu dan hidup dengan mudah, hidup selesa dengan banyak masa lapang. Saya fikir bahawa itulah cara haiwan hidup di kawasan tropika, melangkah ke luar pada waktu pagi dan petang untuk melihat jika terdapat sesuatu untuk dimakan, dan tidur sekejap pada waktu petang, pasti hidup yang indah. Bagi manusia, kehidupan sederhana boleh dilakukan jika seseorang itu bekerja untuk menghasilkan secara langsung keperluan harian mereka. Dalam kehidupan seperti ini kerja bukanlah kerja sepertimana orang pada umumnya fikirkan, tetapi hanya melakukan apa yang perlu dilakukan.”


– Masanobu Fukuoka, The One-Straw Revolution

Tragedi Tanah Runtuh Tambun: Perlu Elakkan Projek Di Kawasan Alam Sekitar Yang Sensitif

Tanah runtuh yang berlaku di The Banjaran Hotsprings Retreat di Tambun, Perak  milik Sunway Group yang telah menyebabkan kematian dua tetamu pada Isnin, 9 November 2020, sekali lagi mendedahkan betapa perlunya dielakkan projek di kawasan alam sekitar yang sensitif.

Langkah baik oleh Kerajaan Negeri Perak ialah mengarahkan agar jabatan dan agensi yang berkaitan supaya memantau setiap bukit batu kapur yang berisiko di seluruh negeri itu, terutama sekali yang terletak berdekatan kawasan kediaman, berikutan tragedi itu.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengharapkan laporan pemantauan ini akan didedahkan untuk kepentingan awam.

MENGGUNAKAN BAUAN UNTUK MANIPULASI dan MENJUAL

Salah sebuah kedai serbaneka di Jepun menggunakan bauan yang terbukti mendorong rasa takut di jabatan aduan mereka. Ditakut-takutkan melalui bauan, pelanggan yang marah cenderung untuk menerima penjelasan pegawai aduan dan meninggalkan kedai tanpa mendapat gantirugi!

Pemasar membelanjakan berjuta dolar untuk “AROMACOLOGY”, kajian bagaimana bauan memberi kesan kepada tingkah laku. Hasilnya, sesetengah tempat membeli-belah kini menggunakan bauan potpouri untuk mendorong pelanggan membelanjakan wang mereka.

Masalah Air Selangor Perlu Dihentikan Segera

Kerajaan perlu serius menangani masalah meliputi paip pecah, penyelenggaraan, kerja-kerja membaiki, pencemaran air yang berterusan di Selangor yang mengakibatkan gangguan air.

NGO di Asia Tenggara selar rancangan tersembunyi eksport sisa Australia

Rang undang-undang Kitar Semula dan Pengurangan Sisa kerajaan Australia dibentangkan di Parlimen Australia pada minggu ini.

Rang undang-undang itu dibentuk dalam usaha mengukuhkan undang-undang pengawasan produk dan mencegah eksport sisa Australia sebagai maklum balas kepada kutukan antarabangsa terhadap pembuangan sisa oleh negara-negara OECD seperti Australia di rantau Asia Pasifik, dan untuk menyokong sektor kitar semula Australia yang amat diperlukan.

“Kilang haram undang keresahan penduduk” CAP GESA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL KE ATAS KILANG TERBABIT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat serta mengambil tindakan segera ke atas sebuah kilang kitar semula yang didakwa beroperasi secara haram dan mencemarkan alam sekitar di Kendong dekat Rembau di sini.

CAP merasa bimbang terhadap kesihatan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran kilang tersebut. Malahan dilaporkan terdapat kejadian kanak-kanak di sini mengalami muntah-muntah dalam tempoh lebih setahun kilang berkenaan beroperasi di tempat itu.

alt

alt

alt

alt

alt